ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Februari 2024.


1. Korea Selatan, AS dan beberapa negara kutuk kekejaman tentera Myanmar

Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain mengeluarkan kenyataan bersama pada Khamis yang menggesa tentera Myanmar segera menghentikan semua keganasan terhadap orang awam.



2. Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata

Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.


3. Doktor rawat pesakit atas lantai Hospital Al-Amal Khan Younis

Rakaman dari Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaparkan para doktor terpaksa merawat pesakit di lantai Hospital Al-Amal di Khan Younis, pada Rabu.


4. Pemberontak Houthi umum serang kapal dagang Amerika Syarikat

Pemberontak Houthi yang berpangkalan di Yaman mengumumkan pasukan laut mereka telah menjalankan operasi menyerang kapal dagang Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.


5. ASEAN, China lancar portal untuk tarik pelancong China

ASEAN dengan sokongan kerajaan China pada forum pelancongan rantau itu di Laos melancarkan Laman Sesawang Pelancongan China-Asia Tenggara, sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Kesalinghubungan 2025.


6. Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan

Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar (NDSC) pada Rabu melanjutkan darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan lagi, lapor Xinhua memetik kenyataan pasukan penerangan majlis itu.


7. Armenia rasmi jadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Armenia pada Khamis secara rasmi menjadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memandangkan ratifikasi Statut Rom yang menubuhkan badan itu mula berkuat kuasa pada 1 Feb.


8. Pesawat Amelia Earhart yang hilang hampir 90 tahun didakwa dijumpai

Misteri kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terungkai selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat beliau, didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.


9. ASEAN mesti serius tangani cabaran yang jejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem digital - Singapura

Kerajaan setiap negara anggota ASEAN perlu serius menangani cabaran yang menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem digital, menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan Singapura Josephine Teo.


10. Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS

Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).