ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Disember 2023.


1. Nenek Palestin lebih tua berbanding Israel dibunuh penembak tepat

Seorang wanita tua Palestin yang tular di media sosial selepas menyatakan bahawa usianya lebih tua berbanding negara haram Israel telah ditembak mati oleh penembak tepat askar rejim Zionis di luar rumahnya.



2. Majlis Keselamatan PBB perlu diperbaharu - Erdogan

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu mengulangi gesaannya untuk mereformasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNSC) susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) memveto resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.


3. Lapangan terbang Indonesia dalam keadaan berjaga-jaga cegah COVID-19

Pejabat Kesihatan Pelabuhan (KKP) Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, Indonesia melaksanakan beberapa langkah pencegahan bagi mengekang penularan COVID-19 di tengah peningkatan kes di Singapura.


4. Video lelaki acah-acah berani cabar gajah undang kecaman

Satu rakaman video tular sekumpulan lelaki mengacah-acah gajah dengan selipar mengundang kecaman netizen yang bimbang tindakan itu akan mengundang maut.


5. Gaza di ambang kehancuran total

Semenanjung Gaza berada di ambang kehancuran total apabila gencatan senjata terbaharu yang diusulkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) gagal diluluskan.


6. Sukar untuk capai keadilan di dunia ini dengan AS - Erdogan

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menggesa supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) direformasi.


7. Pengeboman Zionis berterusan, angka kematian meningkat

Kekejaman Zionis Israel di Gaza berterusan meskipun dunia bangkit menentang.


8. Tentera Yaman beri amaran kepada syarikat kapal bekerjasama dengan Israel

Tentera Houthi Yaman memberi amaran supaya syarikat perkapalan tidak bekerjasama dengan Israel.


9. Israel hargai pendirian AS di Majlis Keselamatan PBB

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan penghargaan kepada Amerika Syarikat (AS), atas pendirian negara itu dalam sesi pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


10. How electric vehicles are accelerating the end of the oil age

There is plenty of hand-wringing on display at the COP28 climate conference in Dubai about the slow pace of reducing the consumption of fossil fuels to fight climate change. But one positive that delegates can point to is the growing fleet of electric vehicles worldwide that is already making a surprisingly big dent in demand.