ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 September 2024.


1. Beribu-ribu bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB

Beribu-ribu aktivis, ahli organisasi hak asasi manusia dan wakil dari komuniti Palestin, Arab, dan Muslim berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di New York City, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).



2. UNGA79: Mahmoud Abbas gesa PBB gantung keahlian Israel serta-merta

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung keahlian Israel dalam badan dunia itu.


3. Lubnan lapor 1,540 terbunuh akibat serangan Israel sejak Oktober

Lubnan pada Khamis melaporkan bahawa jumlah kematian akibat serangan Israel di seluruh negara meningkat kepada 1,540 sejak Oktober lalu, lapor Agensi Anadolu.


4. Ketua UNHCR seru pendekatan baharu krisis Rohingya

Pesuruhjaya Tinggi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Filippo Grandi menggesa pendekatan baharu terhadap krisis Rohingya, dengan mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa harus melakukan lebih banyak untuk menamatkan kesengsaraan lebih satu juta Rohingya di kem di Bangladesh.


5. Datuk Bandar New York didakwa terima rasuah, dana kempen haram

Datuk Bandar New York, Eric Adams didakwa atas lima tuduhan Persekutuan berkaitan rasuah, penipuan melalui perkhidmatan kawat, konspirasi dan meminta sumbangan kempen daripada warga asing, menurut dokumen pendakwaan setebal 57 muka surat yang didedahkan pada pagi Khamis.


6. Parti pemerintah Jepun pilih pemimpin baharu gantikan Kishida

Parti pemerintah Jepun akan memilih pemimpin baharu pada Jumaat untuk menggantikan Perdana Menteri Fumio Kishida.


7. 5 maut selepas Taufan John landa Mexico

Sekurang-kurangnya lima maut selepas Taufan John melanda negeri Guerrero di selatan Mexico, lapor Xinhua.


8. Sebahagian England dilanda hujan lebat dan banjir semalaman

Sebahagian wilayah England dilanda hujan lebat dan banjir pada awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


9. Taufan Helene melanda Florida

Taufan Helene melanda pantai barat negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS, dengan pegawai melaporkan sekurang-kurangnya satu kematian, lapor agensi berita Jerman (dpa).


10. Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam

Setelah menandatangani perjanjian pemeriksaan kuarantin dengan China pada tahun ini, Malaysia mengeksport durian segar kumpulan pertama ke bandar Zhengzhou China menerusi pengangkutan udara pada Ogos lepas dan kargo itu kemudian diagihkan untuk dihantar ke sejumlah bandar yang lain.