ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Ogos 2024.


1. 40 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dan ramai lagi cedera dalam beberapa siri serangan udara Israel di seluruh Gaza sejak pagi Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).



2. CEO Telegram Durov disiasat kes pornografi kanak-kanak

Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov, ditahan di Perancis sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap jenayah termasuk pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan transaksi penipuan di platform tersebut.


3. Muat turun Telegram di Perancis, AS melonjak selepas penahanan Durov

Bilangan muat turun Telegram di "App Store" meningkat di Perancis dan Amerika Syarikat (AS) selepas pengasas aplikasi itu Pavel Durov ditahan di Perancis, menurut laporan portal TechCrunch, lapor Sputnik.


4. Jerman derma vaksin mpox kepada negara Afrika yang terjejas

Jerman menderma 100,000 dos vaksin mpox daripada stok tenteranya kepada negara Afrika yang terjejas akibat penyakit itu, kata jurucakap kerajaan Steffen Hebestreit di Berlin pada Isnin.


5. Canselor Scholz mahu Jerman tingkatkan pengusiran selepas serangan Solingen

Canselor Jerman Olaf Scholz pada Isnin berkata beliau mahu meningkatkan pengusiran pendatang tanpa izin, beberapa hari selepas serangan tikam yang membawa maut di bandar barat Solingen.


6. Kerajaan Thailand percepat usaha pemulihan di kawasan terjejas banjir

Kerajaan Thailand sedang mempercepatkan pemulihan dan pembaikan rumah, hospital, sekolah, jalan raya dan infrastruktur yang rosak di seluruh negara, berikutan banjir yang menjejaskan 13 wilayah.


7. Sao Paulo tubuh kabinet krisis tangani kebakaran hutan

Kerajaan negeri Sao Paulo di Brazil membentuk kabinet krisis untuk menangani kebakaran hutan yang meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.


8. Long COVID halang jutaan rakyat AS daripada sertai tenaga buruh - Laporan

Sindrom COVID berpanjangan atau long COVID telah menyebabkan kira-kira sejuta rakyat Amerika Syarikat (AS) terkeluar daripada menyertai tenaga buruh negara itu, menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin, lapor Xinhua.


9. Bekas PM Lubnan, Salim Al Hoss meninggal dunia

Bekas Perdana Menteri Lubnan, Salim Al Hoss yang pernah lima kali memegang jawatan tersebut, meninggal dunia pada usia 94 tahun.


10. Apple adakan acara khas pada 10 Sept - iPhone 16 dijangka diperkenal

Apple hari ini secara rasminya mengumumkan penjadualan sebuah acara khas pada 10 September 2024, pukul 1 pagi, waktu Malaysia.