ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Ogos 2024.


1. Ribuan umat Islam di Tehran beri penghormatan terakhir kepada Ismail Haniyeh

Timbalan Ketua Hamas di Semenanjung Gaza, Khalil al-Hayya berkata ribuan umat Islam di Tehran mengiringi perjalanan pengebumian Ismail Haniyeh pada Khamis.



2. PBB kecam serangan udara Israel, wartawan Al Jazeera terbunuh

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengutuk pembunuhan wartawan Al Jazeera, Ismail al-Ghoul dan jurukameranya, Rami al-Rifi dalam serangan udara Israel di Gaza, lapor Agensi Anadolu.


3. Iran tegaskan berhak bertindak balas atas pembunuhan Ismail Haniyeh

Iran mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis membunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di negara itu dan menegaskan haknya yang tidak boleh disangkal untuk bertindak balas sewajarnya terhadap tindakan biadab berkenaan yang mencabuli kedaulatan dan integriti wilayahnya.


4. Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar

Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global, yang mewujudkan ancaman tercetus peperangan serantau di Asia Barat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.


5. Dalang serangan 9/11 setuju mengaku bersalah - Jabatan Pertahanan AS

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada Rabu mengumumkan Khalid Sheikh Mohammed yang didakwa sebagai dalang utama serangan 11 Sept 2001, bersama dua lagi tertuduh bersetuju membuat pengakuan bersalah.


6. Tentera Myanmar lanjut darurat 6 bulan lagi

Kerajaan tentera Myanmar pada Rabu melanjutkan tempoh darurat selama enam bulan lagi.


7. Hujan lebat jejas 1.2 juta orang di Hunan China, usaha menyelamat sedang dijalankan

Setakat 7 pagi Khamis, hujan lebat menjejaskan lebih 1.2 juta penduduk di wilayah Hunan, tengah China. Pelbagai sumber telah digerakkan untuk usaha menyelamat dan bantuan.


8. Bangladesh bakal haramkan Jamaat-e-Islami

Kerajaan Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina dijangka mengharamkan parti Islam utama dan sayap pelajarnya yang dituduh bertanggungjawab dalam keganasan semasa protes menentang peraturan pengambilan kakitangan awam, baru-baru ini.


9. Angka kematian akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 256

Angka kematian akibat tanah runtuh di Kerala, india meningkat kepada 256 setakat ini, menurut Menteri Kesihatan negeri, Veena George.


10. Ekonomi Asia Tenggara dijangka catat pertumbuhan menjanjikan dalam satu dekad

Enam ekonomi utama di Asia Tenggara iaitu Vietnam, Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura diunjur berkembang pada kadar purata tahunan 5.1 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang.