ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 April 2023.

1. China lancarkan rondaan, latihan ketenteraan di sekitar Taiwan

Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) pada Sabtu melancarkan rondaan kesiapsiagaan tempur dan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan, bermula 8 hingga 10 April.

2. OIC beri amaran 'konfrontasi agama' ekoran serbuan Israel ke atas Al-Aqsa

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu memberi amaran tentang "konfrontasi agama" berikutan serbuan Israel ke atas kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

3. Empat maut insiden tembakan di selatan Thailand

Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di selatan Thailand pada Sabtu.

4. Pemisah serang pos pemeriksaan di Yala

Kira-kira 20 penyerang dipercayai anggota kumpulan pemisah melancarkan serangan di pos kawalan keselamatan di wilayah bergolak Yala di selatan Thailand.

5. Kempen UAE 1 Bilion Meals Endowment cecah AS$140 juta dalam tempoh 15 hari

Kempen "1 Billion Meals Endowment", yang dilancarkan oleh Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, bagi menubuhkan dana pembiayaan bantuan makanan terbesar sempena Ramadan, telah mencatatkan jumlah sumbangan sebanyak AED 514 juta (US$140 juta) selepas 15 hari pelancarannya.

6. Budak perempuan 5 tahun maut dihempap ATV dipandu budak 7 tahun

Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut ditimpa sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dipandu kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang terbalik.

7. 7 maut, lebih 60 keluarga hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Filipina

Kebakaran yang melanda kawasan kejiranan padat di timur Manila meragut tujuh nyawa, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, menurut polis Filipina pada Ahad.

8. Pendatang Yahudi serbu Masjid Al-Aqsa pada Ahad

Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sambil dikawal ketat polis Israel pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

9. Pilihan raya tempatan Jepun bermula Ahad

Pilihan raya tempatan bermula pada Ahad di Jepun bagi memilih gabenor, datuk bandar dan ahli dewan negara, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media tempatan.

10. Pangsapuri empat tingkat runtuh di Marseille

Sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di tengah-tengah bandar Marseille di Perancis awal pagi Ahad.