LETUPAN dan kepulan asap dapat dilihat di sempadan Israel-Lubnan, apabila serangan dilancarkan Hezbollah memasuki bahagian utara Israel.

Bagaimanapun tentera Israel mendakwa, serangan udara yang melibatkan kira-kira 30 peluru berpandu itu mengenai kawasan lapang dan tiada kecederaan dilaporkan.

Pertempuran dilaporkan berlaku setiap hari di antara Israel dan Hezbollah sejak 8 Oktober tahun lalu.

Tarikh tersebut merupakan sehari selepas perang tercetus antara Israel dan pasukan pejuang Hamas.

Permusuhan Israel-Hezbollah telah memaksa puluhan ribu orang awam dipindahkan di sempadan Israel-Lubnan.

Dalam pada itu, pemimpin Israel berkata mereka lebih suka sekiranya konflik itu dapat diselesaikan menerusi rundingan.

Bagaimanapun, Hezbollah berkata pihaknya akan terus memerangi Israel selagi perang di Gaza berterusan.