SANAA: Kumpulan Houthi menyasarkan tapak tentera di bandar pelabuhan Israel Eilat di kawasan Umm Al-Rashrash dengan peluru berpandu balistik baharu.

Operasi berkenaan dilaporkan telah berjaya mencapai objektifnya.

Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.

Menurut jurucakap tentera, Yahya Sarea, tentera Houthi telah menyerang kapal-kapal yang melalui pantainya selama berbulan-bulan.

Tindakan berkenaan adalah sebagai tanda solidariti dengan penduduk Palestin di Gaza yang ditindas Israel.