Bagaimanapun, Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Tentera Israel berkata, peluru berpandu permukaan ke permukaan mencetuskan siren serangan udara di seluruh Israel menyebabkan penduduk berlari mencari perlindungan.
Kenyataan itu tidak menyatakan siapa yang melepaskan peluru berpandu berkenaan.
Houthi berkata, satu peluru berpandu adalah Palestin 2 dan ia "mencapai" sasarannya.
Kumpulan itu berkata, yang kedua ialah peluru berpandu Dhu Al-Fiqar tetapi tidak menerangkan hasilnya.
Kumpulan Yaman berkata, operasi itu "berjaya mencapai objektifnya" dan ia menyasarkan beberapa dron di Jaffa dan Eilat.
Israel hanya menyebut peluru berpandu permukaan ke permukaan yang dipintas, tanpa merujuk kepada dron atau peluru berpandu kedua.