DUBAI: Penerbangan komersial mula melencongkan laluan mereka ke barat Iran susulan sebuah agensi berita Iran mendakwa terdapat 'letupan' kedengaran di bandar Isfahan.
Insiden itu berlaku ketika ketegangan kekal tinggi di Asia Barat selepas serangan peluru berpandu dan dron Iran terhadap Israel selepas rejim itu menyerang kedutaannya di Damsyik, Syria.
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung tindakan tersebut walaupun amaran tempatan kepada penerbang mencadangkan ruang udara mungkin telah ditutup.
Setakat ini sekurang-kurangnya lapan penerbangan telah dilencongkan dari ruang udara Iran, memetik laporan CNN.
Agensi berita FARS melaporkan bunyi letupan di Isfahan berhampiran lapangan terbang antarabangsanya.
Bagaimanapun ia tidak memberikan penjelasan untuk letupan itu.
Walau bagaimanapun, Isfahan adalah rumah kepada pangkalan udara utama untuk tentera Iran, serta tapak yang berkaitan dengan program nuklearnya.
Kerajaan Iran tidak memberikan sebarang komen segera.
Isfahan terletak kira-kira 350 kilometer (215 batu) di selatan ibu negara Iran, Tehran.
Astro Awani
Fri Apr 19 2024

Isfahan adalah rumah kepada pangkalan udara utama untuk tentera Iran, serta tapak yang berkaitan dengan program nuklearnya. - Foto X/@intelFromBrian

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.

Indonesia sedia peruntukan AS$386 juta untuk penanaman semula kelapa sawit
Indonesia memperuntukkan AS$386 juta (AS$1=RM4.74) untuk penanaman semula kelapa sawit di 180,000 hektar ladang pekebun kecil tahun ini, menurut kementerian penyelaras hal ehwal ekonomi.

Melaka tunggu maklum balas 7 syarikat penerbangan komersial beroperasi di LTAM
Kerajaan negeri sedang menunggu maklum balas daripada tujuh syarikat penerbangan komersial untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Siklon Mocha: ASEAN hantar satu lagi bantuan kemanusiaan ke Myanmar
ASEAN menghantar satu lagi bantuan kemanusiaan bernilai US$37,800 kepada Myanmar yang dilanda Siklon Mocha pada bulan lepas.

Penerbangan komersial pertama berlepas dari Kabul
Penerbangan Qatar Airways ke Doha menandakan kejayaan dalam penyelarasan antara Amerika Syarikat dan Afghanistan era baharu.

COVID-19: Tiada rancangan atur penerbangan bawa pulang warga AS di Malaysia - Kedutaan
Kerajaan Amerika Syarikat tidak berhasrat mengatur penerbangan menghantar pulang warganya di Malaysia buat masa ini.