NEW DELHI: India pada Jumaat melaksanakan pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) Agni-4 di luar pantai negeri Odisha.

"Pelancaran itu berjaya mengesahkan semua parameter operasi dan teknikal. Ia dijalankan di bawah naungan Komando Pasukan Strategik," menurut Kementerian Pertahanan.

Agni-4 mampu mengenai sasaran sejauh 4,000 kilometer.

Sejak 1990-an, India membangunkan pelbagai peluru berpandu jarak dekat, sederhana dan jauh termasuk Agni-5 yang berupaya mengenai sasaran sejauh 5,000 km.

Pada Mac tahun ini, India berjaya menguji sistem peluru berpandu yang boleh membawa beberapa kepala peledak.

-- BERNAMA