KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu SME Corporation Malaysia (SME Corp) berusaha mencari dana pembiayaan bagi membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mempromosikan produk mereka ke pasaran antarabangsa.
Beliau berkata pembiayaan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu amat diperlukan kerana PMKS mempunyai pasaran besar dengan 94 peratus industri di seluruh dunia adalah terdiri daripada kumpulan usahawan tersebut.
Malah katanya dalam Keluaran Dalam Negara Kasar, sumbangan usahawan PMKS adalah sekitar RM520 bilion, atau 38 peratus, dan ini harus dihargai kerana ia turut memberi 7.3 juta peluang pekerjaan kepada negara.
"Sebab itu, apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dipertanggungjawab untuk membantu usahawan ini, ia bukan sekadar menyelaras usaha keusahawanan seperti memberi pembiayaan, melakukan pemantauan dan menyediakan latihan.
" ...tetapi yang lebih penting ialah ia harus bersama-sama dengan pelbagai kementerian lain untuk menjadikan PMKS di Malaysia tidak hanya memandang ke pasaran domestik saja tetapi harus pergi (menembusi) ke pasaran angarabangsa," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Merdeka hari ini.
Selain dana, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usahawan PMKS perlu dibantu bagi mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian.
Beliau berkata perniagaan dalam talian kini menjadi satu trend yang tidak boleh dielak berikutanperkembangan teknologi Internet yang telah berubah daripada 4G ke 5G dan bakal berkembang ke 6G.
"Jadi peluang dan pendekatan ini harus direbut oleh PMKS selain kita juga menyediakan sokongan eksport kepada mereka.
"Kita dapati eksport PMKS meningkat pada tahun 2020 iaitu RM117.8 bilion dan terus meningkat kepada RM124.3 bilion pada tahun berikutnya. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan yakin ia akan terus meningkat," katanya.
Bercakap kepada media selepas itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keusahawanan dan PMKS Kebangsaan memberi jaminan akan turut membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mendapatkan dana bagi membolehkan usahawan PMKS mempromosi produk ke luar negara.
Pada masa sama, beliau mencadangkan kementerian berkenaan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) supaya perancangan serta belanjawan akan datang dapat memberi manfaat sewajarnya kepada usahawan PMKS.
Mengulas cadangan agar usahawan PMKS diberi diskaun sewaan premis susulan peningkatan kos sara hidup, Ahmad Zahid berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan menteri berkenaan untuk berbincang dengan agensi terlibat bagi mengurangkan sebarang kos overhead kepada peniaga.
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Dompok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023

Ahmad Zahid (tiga, kiri) beramah mesra dengan para usahawan pada sesi lawatan selepas hadir merasmikan Minggu Usahawan Negara 2023 dan Minggu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Peringkat Kebangsaan hari ini. - Foto BERNAMA

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.