KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan, bank dan usahawan perlu menambah baik mutu gerak kerja dan produktiviti masing-masing untuk menyemarakkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam landskap bisnes dunia baharu.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid, usaha untuk bangkit daripada dibadai pandemik bukan usaha satu pihak sahaja, tetapi setiap yang terlibat perlu bersama dalam hal ini.
Bermula di pihak kerajaan, yang dirasakannya perlu dipelbagaikan bentuk bantuan yang boleh diperoleh oleh para peniaga kecil dan sederhana yang kini menjadi sandaran ramai golongan B40 khususnya untuk meneruskan kehidupan.
“Saya rasa di pihak kerajaan sepatutnya mempelbagaikan lagi produk untuk golongan ‘informal’ ini sepertimana yang diadakan TEKUN Nasional.
“Mereka memang ada produk bantuan yang boleh dimanfaatkan, pada masa sama mereka membantu para usahawan untuk memperbaiki pendokumentasian pada masa mereka menerima pinjaman tersebut,” katanya.
Di peringkat bank pula, Azharee berharap supaya kelonggaran dapat diberi kepada para penerima pinjaman mengikut kriteria tertentu supaya lebih banyak akses kepada dana ini dapat dimanfaatkan oleh golongan usahawan ini.
“Kita faham bank komersial ada cabaran masing-masing namun kalau boleh diperluaskan lagi dan saya minta jangan letakkan bunga yang sangat tinggi kerana ia akan memberi beban kepada mereka (peminjam)," katanya pada sesi temu bual maya bersama hos Fauzi Zin dalam Agenda AWANI pada Isnin
Paling penting, jelasnya, usahawan itu sendiri perlu bertanggungjawab terhadap syarikat mereka dengan mewujudkan segala pendokumentasian yang diperlukan supaya mudah untuk segala permohonan pinjaman dan sebagainya.
“Daftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dapatkan lesen, dan juga ada dokumentqsi yang baik supaya orang kenal kita, orang boleh iktiraf kita sebagai usahawan dan orang boleh bantu kita di peringkat bank mahupun kerajaan.
“Sudah pasti lesen ini berkaitan dengan kerajaan negeri, mereka juga perlu beri sedikit kelonggaran terutamanya di waktu krisis ini, ada pertemuan dan perbincangan yang lebih baik dengan persatuan-persatuan usahawan mikro dan penjaja contohnya,” jelasnya.
Turut disentuh adalah berkenaan koperasi, di mana dilaporkan 30 peratus koperasi seluruh negara tidak aktif dan mengalami kerugian keseluruhan sehingga RM 3.2 juta.
Sama seperti disebut tadi, ia memerlukan usahasama pihak kerajaan dan koperasi supaya perniagaan tersebut dapat bangkit, kekal berurusniaga dan meraih keuntungan dalam waktu mencabar ini.
Azharee mencadangkan supaya pemikiran mereka yang menubuhkan koperasi ini perlu diubah.
“Kita kena faham koperasi ini bukan kumpulan yang memang lahir untuk menjadi usahawan, mereka datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Contohnya mereka adalah sekumpulan jurutera yang menubuhkan koperasi, mereka tidak ada pemikiran usahawan.
“Jadi perlu ada banyak program untuk mengajar mereka tentang ‘mindset’ menjalankan koperasi. Ini sangat penting, kalau tidak tak akan selesai isu koperasi yang tidak aktif,” katanya.
Selain itu, Azharee turut menegaskan tentang keperluan kerajaan untuk memberi lebih banyak input dan maklumat kepada koperasi supaya mereka tahu apa yang menjadi permintaan pasaran dan tidak menjalankan koperasi ikut rasa hati.
Tonton temubual penuh di sini:
Israr Khalid
Mon Mar 15 2021

Semua pihak terlibat perlu sama-sama bergerak, kata Azharee. - Gambar fail/Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.

IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.

Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.

Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.

Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.