KUALA LUMPUR: Petronas memperbaharui lesen Serba Dinamik Sdn Bhd untuk terus menawarkan bekalan dan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas negara itu serta kontraktornya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Serba Dinamik berkata pembaharuan itu, berkuat kuasa 30 Mei 2022, adalah untuk tempoh setahun.
Lesen itu menetapkan bahawa Serba Dinamik hendaklah, dalam tempoh setahun daripada tarikh kuat kuasa, menyerahkan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022, dengan sewajarnya disertai laporan lengkap juruaudit.
"Selain itu, Serba Dinamik dikehendaki mengemukakan jaminan kewangan sebagai prasyarat untuk semua dan setiap penyertaan Serba Dinamik dalam tender yang dimulakan/atau dijalankan dalam tempoh setahun dari tarikh kuat kuasa.
"Petronas akan berhubung dengan Serba Dinamik mengenai butiran keperluan jaminan kewangan, dalam masa terdekat," katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pembaharuan itu membolehkan syarikat menyelaraskan semula dengan kukuh pada aspek kewangannya.
"Ini menandakan kepercayaan Petronas terhadap kami. Memandangkan keadaan dan isu perundangan yang kami hadapi pada tahun lalu, pembaharuan ini sangat bermakna.
"Kami boleh terus mengambil bahagian dalam pelbagai bidaan dan terus melaksanakan kontrak sedia ada kami," katanya.
Beliau juga menyebut bahawa syarikat itu akan mematuhi terma yang dikenakan oleh Petronas dan akan menyerahkan penyata kewangan serta jaminan yang diperlukan.
"Kami akan menggunakan sepenuhnya pelaburan kami ke dalam aset kami, baik dalam sumber manusia dan peralatan canggih, untuk digunakan dalam menjana jualan dan hasil bagi syarikat," tambahnya.
Ia menjadi syarat wajib bagi Serba Dinamik untuk mendapatkan lesen daripada Petronas untuk menyertai industri minyak dan gas di Malaysia.
"Lesen ini memudahkan Serba Dinamik untuk memudahkan penyediaan produk dan perkhidmatan kepada syarikat minyak utama, pengendali serta penyedia perkhidmatan minyak dan gas lain dalam industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

Serba Dinamik akan mematuhi terma yang dikenakan oleh Petronas dan akan menyerahkan penyata kewangan serta jaminan yang diperlukan. - Foto DagangNews

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.

Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.

Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.

Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.

Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.

Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.

Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.

Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.