KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Hakim Ahmad Murad Abdul Aziz berkata pemohon gagal membuktikan sebarang keadaan khas untuk membolehkan mahkamah membenarkan penggantungan bagi perintah penggulungan yang dikeluarkan pada 10 Jan lepas.
Beliau berkata ia adalah demi kepentingan pemiutang memandangkan keadaan kewangan SDHB yang begitu teruk, bahawa pelikuidasi sementara bertanggungjawab kepada mahkamah berbanding menyerahkan nasib syarikat itu kepada pengarahnya.
"Saya juga mendapati bahawa keengganan memberikan penggantungan tidak akan menyebabkan rayuan terhadap perintah penggulungan menjadi sia-sia.
"Tugas pelikuidasi sementara boleh dan akan diteruskan oleh orang yang sama dalam kapasitinya sebagai pelikuidasi profesional," katanya ketika menyampaikan keputusan itu hari ini melalui aplikasi Zoom.
Mahkamah turut memerintahkan keempat-empat syarikat membayar kos keseluruhan RM11,000 kepada enam institusi kewangan yang bertindak sebagai pempetisyen iaitu Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Pada 10 Feb lepas, SDHB dan tiga anak syarikatnya - Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL) - telah memperoleh penggantungan sementara bagi perintah penggulungan terhadap mereka.
Pada 10 Jan lepas, mahkamah membenarkan petisyen yang difailkan oleh keenam-enam institusi kewangan untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya.
Keempat-empat syarikat dikatakan mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion.
Pada 30 Jan lepas, kesemua syarikat memfailkan usul untuk menggantung perintah penggulungan itu sementara menunggu rayuan mereka didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.

Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.

Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.

Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.

Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.

Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.

Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.

Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.