KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Menurut bursa dalam kenyataan hari ini, syarikat tersebut melanggar enam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utamanya (LR Utama).
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Eksekutif Datuk Syed Nazim Syed Faisal, masing-masing didenda RM1.38 juta.
Pengerusi Bukan Eksekutif Datuk Abdul Kadier Sahib didenda RM785,400 manakala Datuk Awang Daud Awang Putera, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Johan Mohamed Ishak, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan Siti Zaleha Sulaiman didenda antara RM600,000 dan RM710,400.
Noor Azri Noor Azerai dan Abu Bakar Uzir, masing-masing didenda RM355,200 dan RM360,400.
"Penemuan pelanggaran dan denda yang dikenakan ke atas Serba Dinamik dan pengarahnya telah dibuat (mengikut) perenggan 16.19 LR Utama apabila proses yang sewajarnya selesai dan selepas mengambil kira semua fakta dan situasi perkara itu," katanya.
Bursa berkata ia mengambil kira pelanggaran dan impaknya terhadap syarikat, pemegang saham dan pelabur serta peranan, tanggungjawab, pengetahuan, penglibatan dan tata laku, tindakan dan ketidaktindakan para pengarah.
Katanya terdapat "peninggalan tugas yang serius" oleh Lembaga Pengarah dan juga kegagalan tadbir urus korporat, terutamanya dalam kegagalan mereka memastikan pendedahan maklumat material yang betul dan tepat pada masanya, ketelusan pasaran dan pematuhan terhadap arahan pengawal selia.
"Bursa Malaysia Securities tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengarah yang gagal melaksanakan tugas mereka (termasuk pengarah yang baru dilantik dan tanpa mengambil kira peletakan jawatan pengarah), justeru, membenarkan/menyebabkan syarikat tersenarai itu melakukan pelanggaran LR Utama," katanya.
Menurut bursa, ia memandang serius pelanggaran itu berikutan pendedahan penyata kewangan dan maklumat material yang tepat pada masanya dan tepat menjadi kewajipan asas syarikat yang tersenarai dan amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil, mengekalkan integriti pasaran dan keyakinan pelabur.
"Wajib bagi syarikat yang tersenarai dan pengarah mereka untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Securities.
"Semua pengarah, eksekutif atau bukan eksekutif syarikat yang tersenarai juga perlu memastikan pematuhan LR Utama dan mengekalkan standard integriti, akauntabiliti, tadbir urus korporat dan tanggungjawab yang tertinggi kepada pemegang sahamnya dan orang ramai yang melabur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Menurut bursa, syarikat tersebut melanggar enam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utamanya. - Gambar fail/Astro AWANI

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.