PUTRAJAYA: Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan petisyen difailkan oleh enam institusi kewangan bagi menggulung syarikat berkenaan.
Susulan itu panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk P. Ravinthran mengetepikan rayuan itu.
Panel yang dianggotai Ravinthran, Hakim Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mengarahkan Serba Dinamik untuk membayar kos berjumlah RM200,000.
Terdahulu peguam Sandra Tan yang mewakili Serba Dinamik dan anak syarikat berkenaan yakni Serba Dinamik International Ltd, Serba Dinamik Sdn Bhd dan Serba Dinamik Group Bhd, memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan daripada pelanggannya untuk menarik balik rayuan itu.
Pada 10 Jan tahun lepas Mahkamah Tinggi membenarkan satu petisyen yang difailkan enam institusi kewangan yang terdiri daripada Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, dan Bank Islam Malaysia Berhad bagi menggulung SDHB dan subsidiarinya itu berhubung hutang hampir RM5 bilion.
HSBC Bank Malaysia dan Hong Leong Islamic Bank Bhd menyokong petisyen penggulungan itu.
Dalam prosiding mahkamah hari ini peguam Koo Yin Soon mewakili enam institusi berkenaan manakala peguam Niisha Lakshme mewakili HSBC Amanah serta HSBC Bank, dan peguam Karen Tan mewakili Hong Leong Islamic Bank memohon mahkamah memberikan mereka kos susulan penarikan rayuan itu.
Mereka berkata pihak mereka telah bersedia untuk membuat rayuan yang akan melibatkan dokumen yang bertimbun.
Pada 16 Mac tahun lepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan SDHB dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Awal bulan ini Serba Dinamik dilapoirkan telah dinyahsenarai oleh Bursa Malaysia daripada sahamnya selepas Bursa menolak rayuan terakhir syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
Panel yang dianggotai Ravinthran, Hakim Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mengarahkan Serba Dinamik untuk membayar kos berjumlah RM200,000. - Gambar hiasan
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pasca UK Memilih: Scotland akui keputusan pilihanraya sukar buat Parti SNP
Menteri Pertama Scotland John Swinney mengakui keputusan pilihan raya umum UK pada Jumaat adalah sangat mencabar bagi Parti Kebangsaan Scotland (SNP) yang memerintah kerana kehilangan puluhan kerusi.
Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK
Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
Perubahan kepemimpinan UK tiada kesan kepada Malaysia
Perubahan kepimpinan United Kingdom (UK) dilihat tidak akan memberi sebarang kesan kepada dasar luar negara itu dalam hubungan dengan Malaysia.
Menurut Geostrategis Prof Azmi Hassan, jangkaan itu adalah berdasarkan tidak ada isu yang mendadak di antara London dan Kuala Lumpur dari segi ekonomi dan geopolitik selama ini.
Menurut Geostrategis Prof Azmi Hassan, jangkaan itu adalah berdasarkan tidak ada isu yang mendadak di antara London dan Kuala Lumpur dari segi ekonomi dan geopolitik selama ini.
PM ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baru UK
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh Britain atas kemenangan besar mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baharu, dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan rakyat dengan rakyat dan visi bersama untuk masa depan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baharu, dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan rakyat dengan rakyat dan visi bersama untuk masa depan.
Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.