KUALA LUMPUR: Anak syarikat Serba Dinamik Holdings Bhd, Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) ingkar dalam pembayaran kemudahan ekuiti dan pembiayaan berjangka berjumlah kira-kira RM14.63 juta yang disediakan oleh Public Bank Bhd (PBB) dan Public Islamic Bank Bhd (PIBB).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Bagi PIBB pula, SDSB ingkar dalam membayar pembiayaan berjangka i-ekuiti berjumlah RM9,576,806.53; pembiayaan berjangka i-ekuiti (2) berjumlah RM3,235,442.30 dan pembiayaan berjangka i-ekuiti (3) RM1,285,362.13 pada 11 Jan, 2023.
Menurut syarikat itu, Victor Saw Seng Kee daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd telah dilantik sebagai pihak pelikuidasi bagi Serba Dinamik, Serba Dinamik Group Bhd, SDSB dan Serba Dinamik International Ltd pada 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik berkata pada masa ini, PBB dan PIBB telah memulakan prosiding undang-undang bagi menjalankan hak sebagai pemiutang bercagar mengikut terma perjanjian pembiayaan.
Bagi langkah menangani keingkaran bayaran faedah, ia berkata pasukan pelikuidasi telah menghubungi PBB dan PIBB bagi membincangkan aspek keputusan yang boleh memberi manfaat untuk syarikat, SDSB serta PBB dan PIBB.
"Syarikat akan berusaha untuk meneruskan perniagaan dan operasinya biarpun berlaku keingkaran itu. Syarikat juga sedang menjalankan beberapa penyusunan semula dan langkah mengurangkan kos bersama pihak pelikuidasi dalam usaha mengurangkan aliran keluar tunai dan meningkatkan aliran masuk tunai," katanya.
Serba Dinamik berkata ini juga adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula yang besar dan pelan regulasisasi untuk memulihkan status syarikat dan menyelesaikan isu kewangan yang dihadapi pada masa ini.
Setakat ini, syarikat itu berkata pihaknya tidak dapat memberi pengisytiharan kemampuan bayar atau kesolvenan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd mengikut Perenggan 9.19A (4) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.

Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.

Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.

Anak syarikat KKDW ditutup, Zahid dedah butiran lanjut di Parlimen
Zahid akan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut di Parlimen.

Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah
Kelulusan organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 EASA ini merupakan piawaian tertinggi bagi penyelenggaraan penerbangan.

Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.

Cadangan penjualan AmGeneral Insurance kepada Liberty Insurance dengan nilai RM2.29 bilion
Cadangan penjualan itu akan menjadikan AMMB memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam perniagaan LIB dan AGIB.

COVID-19: Selangor peruntuk lebih RM200 juta untuk beli vaksin
Kerajaan negeri telah sediakan peruntukan RM100 juta dan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Selgate dan SelCare memerlukan paling minimum RM120 juta lagi.

CEO anak syarikat kerajaan negeri Perak dibebas dengan jaminan
Seorang CEO sebuah anak syarikat milik kerajaan Negeri Perak yang ditahan SPRM dibebaskan dengan jaminan.