KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.
Enam institusi kewangan terbabit ialah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku pempetisyen.
Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan petisyen itu untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) dan Serba Dinamik International Ltd (SDIL), yang dinamakan sebagai responden, dalam prosiding yang dikendalikan secara dalam talian.
Keempat-empat syarikat itu dikatakan mempunyai jumlah hutang hampir RM5 bilion.
Peguam Ranjit Singh, yang mewakili EFIRE Capital Holdings Ltd (yang memohon dimasukkan sebagai pencelah dalam prosiding itu) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Sementara itu, menurut Bursa Malaysia, selaras dengan Seksyen 476(1) Akta Syarikat 2016, Victor Saw Seng Kee, Pelikuidasi Berlesen PriceWaterhouseCoopers (PWC) akan dilantik sebagai pelikuidasi SDHB.
Ia berkata kos yang ditanggung oleh pempetisyen akan dibayar daripada aset SDHB dan Saw daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwCAS) terus kekal sebagai Pelikuidasi Interim syarikat itu dan diberi kuasa untuk melaksanakan perintah bertarikh 23 Ogos 2022 sementara menunggu penyempurnaan dan penyampaian perintah.
"Lembaga pengarah syarikat ingin memaklumkan bahawa selepas pengumuman Perintah Penggulungan itu, lembaga pengarah syarikat menjadi functus officio atau selesai melaksanakan tugas dan tidak lagi mempunyai kuasa berhubung hal ehwal syarikat kecuali ia mengekalkan kuasa bagi merayu terhadap dan/atau memohon untuk mengetepikan perintah tersebut.
"Sebarang pertanyaan berkaitan hal ehwal syarikat hendaklah ditujukan kepada Pelikuidasi syarikat itu.
"Lembaga pengarah syarikat juga ingin memaklumkan bahwa ia sedang berusaha mendapatkan nasihat perundangan dan/atau mengetepikan Perintah Penggulungan itu," menurut Bursa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Murad Abdul Aziz membenarkan petisyen itu untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya. - Gambar hiasan
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Dalam tempoh hanya seminggu, serangan udara dan darat Israel di Lubnan memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Mahkamah ketepi rayuan penggulungan selepas Serba Dinamik, 3 anak syarikat tarik balik rayuan
Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa tegur, denda 10 pengarah Serba Dinamik
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.
Serba Dinamik kemuka rayuan pada Bursa Malaysia bagi membatalkan dinyah senarai
Serba Dinamik Holdings Bhd telah mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk membatalkan sekuriti syarikat daripada dinyah senarai di bursa tempatan.
Pelikuidasi Serba Dinamik adakan mesyuarat bersama pemiutang Oktober ini
Kumpulan itu berkata, mesyuarat itu dijadualkan pada 11 hingga 13 Oktober ini.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Serba Dinamik, anak syarikat gagal peroleh penggantungan kekal perintah penggulungan
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk menggantung secara kekal perintah penggulungan terhadap mereka sementara menunggu rayuan.
Pernas peroleh ringkasan penghakiman berkaitan tuntutan RM46 juta ke atas pemilik Serba Dinamik
Ringkasan penghakiman itu diberikan oleh hakim Ong Chee Kwan, yang turut membenarkan Pernas membatalkan tuntutan balas Mohd Abdul Karim.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen untuk gulung Serba Dinamik, 3 anak syarikat
Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) dan tiga anak syarikatnya.