KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru agar sektor swasta dan awam bekerjasama untuk memastikan peralihan yang saksama dan pantas ke ekonomi karbon sifar bersih.
Tengku Zafrul berkata adalah penting untuk mula menangani risiko yang dicetuskan oleh perubahan iklim yang beliau sifatkan sebagai "cabaran terhebat manusia".
"Dalam peralihan ke ekonomi yang berdaya tahan iklim, tidak ada mana-mana kerajaan yang mampu menggalasnya secara sendirian. Tekanan fiskal tambahan dijangka besar disebabkan oleh kos peralihan," katanya ketika berucap pada majlis edisi ketiga Sidang Kemuncak The Cooler Earth (TCE) Sustainability 2021 CIMB yang diadakan secara maya hari ini.
Malah, pakar iklim katanya sudah memula membicarakan mengenai pelepasan negatif bersih kerana mencapai sifar bersih sahaja tidak lagi memadai.
Tengku Zafrul berkata ini memerlukan pengurangan pelepasan secara dalaman (in-house) sebanyak mungkin, termasuk menguasai karbon menerusi kedua-dua teknologi penyelesaian berasaskan alam semula jadi dan 'pelepasan negatif',
"Oleh itu, penting untuk kita segera memulakannya," tambah beliau.
Menteri kewangan itu turut menambah untuk perniagaan, perubahan iklim menimbulkan risiko yang besar terhadap keuntungan.
"Selain itu, ketika orang ramai kini lebih terbiasa dengan kebimbangan terhadap persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG), kepenggunaan dan aktivisme pelabur adalah berdasarkan bukan sahaja kepada apa yang dijual oleh perniagaan tetapi juga bagaimana perniagaan itu beroperasi," katanya.
Sebagai contoh, beliau menyebut kaji selidik yang dilakukan oleh The Economist tahun lepas yang menunjukkan 87 peratus daripada pelabur muda percaya kejayaan korporat harus diukur lebih berbanding prestasi kewangan.
Tengku Zafrul turut memuji usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dalam memperkenalkan syarat pelaporan kelestarian untuk syarikat tersenarai.
"Saya ingin mengulangi pentingnya perniagaan untuk mula memperhitungkan nilai ESG dalam operasi mereka, begitu juga pembekal dan rakan dagang untuk mengamalkan standard yang sama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sektor kewangan juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan penerapan amalan perniagaan lestari dengan mengutamakan pembiayaan dalam bidang berkenaan.
Tengku Zafrul menjelaskan di peringkat global, lebih daripada 45 peratus industri perbankan global, termasuk penganjur sidang kemuncak ini iaitu CIMB Group telah menandatangani Prinsip Perbankan yang Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya menggesa lebih banyak institusi kewangan untuk ikut serta dan menjadi sebahagian daripada komitmen global ini," katanya.
Sidang Kemuncak TCE anjuran CIMB ini akan berlangsung dari 23-27 Sept, 2021 dengan bertemakan "Align, Act, Accelerate".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
TENGKU ZAFRUL: Dalam peralihan ke ekonomi yang berdaya tahan iklim, tidak ada mana-mana kerajaan yang mampu menggalasnya secara sendirian. - Gambar fail
Gelombang ketiga tidak teruk, penduduk tetap berjaga-jaga
Penduduk di Hulu Terengganu lega banjir gelombang ketiga yang bermula pada petang Ahad lalu tidak begitu teruk berbanding sebelumnya, tetapi mereka tetap berjaga-jaga kemungkinan buruk yang mungkin timbul pada gelombang seterusnya.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
Lebih 30 laporan polis diterima di Sabah terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.
Rusia, Ukraine tukar 300 tahanan perang
Rusia dan Ukraine pada Isnin lakukan pertukaran 300 tahanan perang.
Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.
Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena tahun baharu - Mohd Na'im
Program itu merupakan alternatif bagi masyarakat untuk mengimarahkan masjid melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat.
Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.
Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis
Menurut Ketua Polis Kelantan, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran
Beliau menyatakan, langkah pencegahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan 'mark up', termasuk program pendigitalan untuk perolehan.
Thailand atasi cabaran hebat Filipina untuk ke pentas final
Pemain gantian, Suphanat Mueanta muncul wira pasukan Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.
Hyundai Motors labur RM2.16 bilion buka kilang kereta ICE, hibrid di Kulim – Tengku Zafrul
Hyundai Motors bersetuju untuk melabur RM2.16 bilion bagi membuka kilang pengeluaran kereta enjin pembakaran dalam (ICE) dan hibrid di Kulim, Kedah.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
ASEAN perlu wujudkan tawaran unik untuk jadi blok keempat ekonomi global
ASEAN kini berada di kedudukan kelima dan blok ini perlu memanfaatkan jumlah populasinya sekitar 680 juta orang.
Nilai dagangan Malaysia-India disasar meningkat tahun ini - Tengku Zafrul
Kedua-dua negara komited untuk memperluas serta memperkukuhkan hubungan dua hala secara menyeluruh.
Malaysia jangka pertumbuhan perdagangan dengan India meningkat
PM beri tempoh tiga bulan kepada MITI untuk kemuka rancangan yang jelas bagi kerjasama dengan India dalam sektor perdagangan dan pelaburan.
Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul
Proses kelulusan sebelum ini melibatkan banyak agensi dan kementerian, termasuk Suruhanjaya Tenaga, PBT serta bomba.
Misi perdagangan, pelaburan ke Vietnam catat potensi eksport RM3.3 bilion - MITI
Misi berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan perkongsian strategik perniagaan ke perniagaan melibatkan entiti Malaysia dan Vietnam.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Kerajaan mahu syarikat Malaysia manfaatkan FTA, teroka pasaran baharu
Katanya, Matrade telah diberikan tanggungjawab untuk menumpukan usaha memperoleh pasaran baharu untuk diterokai syarikat Malaysia.
Tengku Zafrul ke Munich bawa misi pelaburan dalam jeda lawatan PM ke Jerman
Katanya, pihak MATRADE telah anjurkan beberapa mesyuarat dengan rakan dagang besar yang beribu pejabat di Jerman.