IPOH: Bilangan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara meningkat sebanyak 12.5 peratus setakat 25 Jun lepas berbanding tempoh suku pertama 2024, didorong oleh usaha kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi dalam proses pemasangan stesen berkenaan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata proses kelulusan sebelum ini melibatkan banyak agensi dan kementerian, termasuk Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta bomba.
"Peningkatan (bilangan stesen) dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini banyak. Pada mulanya ada cabaran dari segi kelulusan, namun mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah berjaya mengurangkan kerenah birokrasi.
"(Apabila) ada ada pusat sehenti, Alhamdulillah usaha itu sudah dipercepatkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat bagi 2024 di sini, semalam.
Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 yang diumumkan kerajaan pada 2020 menggariskan sasaran 10,000 pengecas EV menjelang 2025 iaitu 9,000 unit pengecas AC (arus ulang-alik) dan 1,000 unit pengecas DC.
Pada 4 Julai lepas, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan sebanyak 2,585 unit pengecas EV telah dipasang di seluruh negara setakat 25 Jun lepas, kecuali Wilayah Persekutuan Labuan.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata walaupun mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas EV, namun kerajaan turut mempertingkat sasaran stesen unit Pengecas Pantas Arus Terus (DC) dari 1,000 kepada 1,500 pada tahun ini.
Beliau juga optimis sasaran 10,000 stesen pengecas EV itu mampu dicapai tetapi pada masa sama tetapi unit pengecas DC perlu diperbanyakkan berikutan permintaan pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Pada 4 Julai lepas, MITI memaklumkan sebanyak 2,585 unit pengecas EV telah dipasang di seluruh negara setakat 25 Jun, kecuali di Wilayah Persekutuan Labuan. - Gambar fail/BERNAMA

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Usaha tangani kerenah birokrasi dorong peningkatan stesen pengecas EV - Tengku Zafrul
Proses kelulusan sebelum ini melibatkan banyak agensi dan kementerian, termasuk Suruhanjaya Tenaga, PBT serta bomba.

Pulau Pinang laksana pelbagai langkah atasi kesesakan jalan raya - Exco
Kerajaan Pulau Pinang sentiasa berusaha mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh negeri.

Stesen pengecas EV modular dengan sistem simpanan kuasa bateri pertama di Malaysia dilancar
Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik (EV) Modular Mudah-Alih dengan sistem simpanan kuasa bateri yang pertama di Malaysia dilancar di Lebuhraya PLUS di Hentian Sebelah Behrang (arah utara).

Johor komited bantu wujudkan lebih banyak stesen pengecas EV
Lee berkata, ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan teknologi hijau dalam menuju misi Maju Johor 2030.

MBI, XOX meterai MoU wujudkan lebih banyak stesen pengecas EV di Ipoh
Lebih banyak stesen pengecas EV akan dibina khususnya di kawasan tumpuan dan strategik di bawah penyeliaan MBI.

Pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV perlu diberi tumpuan utama - Tengku Zafrul
Dalam usaha memperluas ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV adalah satu aspek yang perlu diberikan tumpuan utama.

Kenderaan elektrik harga bawah RM100,000 akan dibawa masuk - Nik Nazmi
Cadangan itu bagi membolehkan golongan berpendapatan sederhana turut akan dapat menyumbang kepada sasaran pengurangan karbon dioksida.

GoCar, EV Connection bekerjasama tingkat jaringan stesen pengecasan di Malaysia
Sejak pelancaran GoEV pada Disember tahun lepas, lebih 1,000 pengguna EV telah mencatatkan perjalanan melepasi 500,000 kilometer.