IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bercadang membina lebih banyak stesen pengecas kende-raan elektrik (EV) dalam tempoh terdekat, khususnya di kawasan tumpuan dan strategik di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan itu.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, inisiatif berkenaan bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Ipoh selain sebagai antara tarikan baharu kepada pengguna EV.
Justeru, bagi merealisasikan sasaran itu, MBI telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pengendali rangkaian mudah alih XOX Bhd (XOX) sebagai rakan kongsi teknologi strategik bagi meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan semasa dari segi pendigitalan.
"MBI dan XOX akan mengenal pasti lokasi sesuai di sekitar bandar raya Ipoh kerana kita sedar jumlah penggunaan EV semakin meningkat di negara ini termasuk Ipoh untuk kita menyediakan perkhidmatan itu," katanya pada sidang media selepas majlis memeterai MoU antara MBI dan XOX di sini pada Khamis.
Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif XOX Roy Ho, Ketua Pegawai Operasi XOX Winson Wong dan Ketua Whip Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman.
Rumaizi berkata, kerjasama itu bukan sahaja untuk membina stesen pengecas EV, malah turut melibatkan kemudahan lain termasuk meningkatkan taraf pengangkutan awam menerusi aplikasi elektronik digital.
Sementara itu, Roy Ho berkata, XOX merancang untuk mewujudkan sebanyak 50 hingga 200 stesen pengecas EV secara berperingkat di Ipoh.
"Jika sesuatu lokasi tumpuan menyediakan kemudahan stesen pengecas EV, itu pasti akan menjadi nilai tambah dalam menarik kehadiran pengunjung ke lokasi berkenaan.
"Namun, kita akan membina secara berperingkat atau berfasa agar kemudahan ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh pengguna dari luar Ipoh, malah turut memberi impak langsung kepada masyarakat sekitar Ipoh," katanya.
Terdahulu, MBI dan XOX juga memperbaharui jalinan kerjasama yang dimeterai pada 24 Mei tahun lepas untuk memupuk kolaborasi di bawah program perkongsian teknologi strategik terkini.
Kerjasama itu turut memperkukuh parameter asas dalam bidang inovasi digital, malah menandakan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk meneroka dan menilai kebolehlaksanaan projek secara bersama dalam beberapa bidang utama. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Rumaizi (dua,kiri) bertukar dokumen dengan Pengarah Eksekutif XOX Berhad, Roy Ho Yew Kee (dua,kanan) pada majlis menandatangani MoU perkongsian teknologi strategik antara MBI dan XOX Berhad. - Gambar Bernama

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Majlis Bandaraya Ipoh akan perkenal Batik Perak sebagai produk istimewa baharu
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengetengahkan Batik Perak sebagai produk istimewa terbaharu yang dilihat mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sisa jualan tak diurus sempurna punca tikus di Pasar Besar Ipoh, kes leptospirosis meningkat
Kewujudan lubang di sekitar bangunan pasar, termasuk kotak dan polisterin yang disimpan secara tidak teratur memburukkan lagi keadaan.

Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.

Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.

Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.

Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.

Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.

MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.

Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.

Bilik hotel kurang, benar AirBNB operasi: MBI sedia bincang dengan MyBHA
Pertemuan itu juga penting dalam memberi pencerahan berhubung isu kekurangan bilik hotel bagi menampung pengunjung ke Ipoh.