KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperluas ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV adalah satu aspek yang perlu diberikan tumpuan utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, dan pengecas super charger Tesla akan dapat menyumbang kepada sasaran tersebut.
"Tesla dikehendaki memasang sekurang-kurangnya 50 super charger menjelang tahun 2026, dan 30 peratus daripada super charger ini perlu terbuka untuk jenama EV yang lain.
"Ini bermakna, kesemua pemilik EV akan dapat manfaat. Ini adalah langkah yang baik dalam mempromosikan penggunaan EV secara menyeluruh," katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau, hari ini.
Menurutnya, sebanyak lapan super charger Tesla yang laju dan cekap telah dipasang di pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.
"Selain Pavilion, terdapat sembilan lokasi lain di seluruh Malaysia yang turut mempunyai super charger. Di Lembah Klang, terdapat tiga lokasi iaitu di Bukit Jalil, Petaling Jaya, dan Dengkil manakala di luar Lembah Klang, ia terletak di Iskandar Puteri, Perai, Ipoh, dan Negeri Sembilan.
"Dengan 10 lokasi ini, dijangka 95 peratus daripada sasaran Tesla untuk pemasangan 50 super charger akan tercapai, kerana setiap lokasi akan dipasang empat hingga dua belas stesen pengecas," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata Tesla telah memberikan komitmen untuk meningkatkan bilangan super charger di seluruh Malaysia melebihi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Ini adalah permulaan yang baik, dan diharapkan pengeluar lain akan turut serta untuk menambah bilangan pengecas dan super charger di seluruh negara.
"Menariknya, Tesla juga banyak menggunakan komponen tempatan dalam pembuatan kenderaan mereka.
"Dengan adanya pelaburan ini, pembekal tempatan di Malaysia akan terus berkembang, dan diharapkan lebih banyak peluang pekerjaan akan tercipta untuk rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, dan pengecas super charger Tesla akan dapat menyumbang kepada sasaran tersebut. - Gambar Twitter @tzafrul_aziz

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Jualan kereta elektrik dunia kembali meningkat, China terus mendominasi
China kekal sebagai peneraju pasaran, dengan lebih 3.7 juta BEV baharu didaftarkan - lonjakan 47 peratus berbanding tahun sebelumnya.

UK suntik GBP2.5 bilion dorong revolusi kenderaan sifar karbon
Program itu akan membiayai pelbagai jenis projek yang menyokong peralihan kepada pengeluaran kenderaan tanpa pelepasan karbon.

Jumlah kenderaan elektrik global cecah 56 juta - Laporan
Jumlah kenderaan elektrik di seluruh dunia meningkat kira-kira satu pertiga tahun lepas kepada 55.8 juta unit, dengan China mencatatkan lebih 50 peratus daripada jumlah itu iaitu 31.4 juta unit.

Ringan beban pemandu e-hailing, GV Ride sasar edar 1,000 kereta EV sewa beli tahun depan
Pengendali perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride, mensasarkan 1,000 kenderaan elektrik (EV) yang bakal disediakan secara sewa beli khusus untuk pemandu mereka bermula tahun depan.

Volvo rancang kurangkan 3,000 pekerja pentadbiran
Pengeluar kereta Sweden, Volvo Cars merancang untuk memberhentikan ribuan pekerja pentadbiran sebagai sebahagian langkah penjimatan kos, umum syarikat itu pada Isnin.

Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia berhasrat untuk menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi EV, sambil memperkukuh keseluruhan rantaian nilai EV.

Penjual kereta Jerman turunkan harga kenderaan elektrik - Pakar
Sejak Januari, diskaun EV meningkat sebanyak tiga mata peratusan, bersamaan penjimatan melebihi EUR1,000 (AS$1,132) bagi model biasa.

SUV elektrik brek sendiri di lorong kanan, sekeluarga nyaris dirempuh
Ketika kejadian, Izwan sedang memandu di lorong paling kanan Lebuh Raya Cheras-Kajang dengan kelajuan sekitar 90 hingga 100 kilometer sejam.

Tarif Trump: Jangan anggap negara sesama ASEAN sebagai pesaing - Penganalisis
Negara-negara ASEAN tidak wajar bersaing dengan satu sama lain, sebaliknya perlu memanfaatkan kekuatan setiap negara dalam membangunkan ekonomi serantau.

BYD mula jual dua EV dengan sistem pengecasan 400km dalam masa 5 minit
Hari ini BYD Han L dan Tang L akhirnya dijual secara rasmi di China selepas sebulan pratempahan dibuka.