Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan tertutup antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wakil Hyundai Motors pada Isnin.
“Selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, Hyundai Motors untuk pertama kalinya akan membuka kilang di Malaysia. Pelaburan ini melibatkan RM2.16 bilion. Mereka akan mula mengeluarkan kereta pada pertengahan tahun 2025.
“Ini merupakan pelaburan yang besar kerana Hyundai Motors akan menggunakan Malaysia sebagai hub untuk eksport. Tujuh model akan dikeluarkan dan akan dibuat dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi-agensi kerajaan dan firma Malaysia-Korea, dan bertemu rakan sejawatnya, Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga (MOTIE), Ahn Duk-geun di sini hari ini.