KUANTAN: Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) memperuntukkan RM508.02 juta bagi melaksanakan program pembangunan penanaman semula getah di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau berkata peruntukan itu melibatkan program produktiviti dan pemasaran, program hasil baharu serta program keusahawanan.
Di Pahang, beliau berkata RISDA negeri telah berjaya melaksanakan penanaman semula getah seluas 15,813 hektar daripada sasaran 16,596 hektar yang ditetapkan.
"Saya yakin sasaran itu dapat dicapai pada tahun ini demi kemakmuran komuniti pekebun kecil Pahang.
"Getah merupakan satu-satunya tanaman yang masih diberi bantuan penuh oleh kerajaan sehingga kini. Ini tidak termasuk lagi dengan bantuan peningkatan ekonomi yang diterima pekebun kecil setiap tahun," katanya.
Abdul Rahman berkata demikian pada majlis Program Pekebun Kecil Makmur di Kuala Lipis dekat sini pada Selasa. Kenyataan media program itu diedarkan kepada media di sini.
Selain itu, beliau berkata hasil daripada peningkatan subsidi bantuan penanaman semula getah kepada RM13,710 sehektar berbanding RM9,230 sebelum ini untuk Semenanjung Malaysia, memberi manfaat dan impak besar kepada semua pekebun kecil.
Kerajaan, menurut Abdul Rahman menyalurkan pelbagai bantuan termasuk menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan RISDA, menyalurkan pelbagai bantuan kepada pekebun kecil bagi meringankan beban ditanggung golongan berkenaan dalam meneruskan kehidupan.
Beliau berkata ini kerana kerajaan sedar pekebun kecil mengalami masalah produktiviti rendah akibat keadaan cuaca, kekurangan tenaga kerja dan kestabilan harga pasaran.
Program pada Selasa melibatkan kira-kira 600 pekebun kecil dan pemimpin setempat yang turut menyaksikan Abdul Rahman menyampaikan sumbangan untuk produktiviti RISDA dan penyampaian bantuan kepada penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022

Kerajaan sedar pekebun kecil mengalami masalah produktiviti rendah akibat keadaan cuaca, kekurangan tenaga kerja dan kestabilan harga pasaran. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.

RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.

Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.

Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.

11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.

Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.

PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.