Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Interfaith Believers for Change, dari Manila, Filipina untuk membangunkan industri halal di negara itu mulai April ini.
Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata usaha itu meliputi penubuhan jawatankuasa halal, pengendalian umrah dan haji serta mewujudkan perkampungan industri halal di Mindanao.
Beliau berkata, potensi pasaran halal di Filipina juga tinggi memandangkan penduduk Islam di negara itu berjumlah kira-kira 20 juta.
"Pada Februari lalu, saya telah berbincang dengan wakil NGO Islam Filipina dan mereka telah meminta nasihat kita untuk membantu mereka membangunkan industri halal yang masih tidak wujud di negara itu.
"Usaha ini turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan juga bantuan kepakaran universiti milik RISDA, Kolej Universiti Agrosains Malaysia," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis Anugerah Vendor Terbaik RISDA Fleet Sdn Bhd (RFSB) di pejabat RISDA di sini pada Isnin.
RFSB adalah anak syarikat RISDA yang menguruskan pelbagai segmen perkhidmatan pengangkutan seperti lori, treler kargo, treler tangki serta perkhidmatan servis dan alat ganti.
Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Zahidi berkata RFSB telah membelanjakan RM11.2 juta setahun bagi pembayaran kos sewa lori vendor di seluruh negara.
"RFSB memiliki 250 orang vendor yang berdaftar... ini membuktikan wujudnya peluang perniagaan dan pekerjaan di kawasan luar bandar tanpa kita sedari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018

Zahidi (kanan) menyampaikan Anugerah Vendor Terbaik RISDA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport Services Sdn Bhd Idris Pilus (kiri) pada Majlis Anugerah Vendor Terbaik RISDA Fleet Sdn Bhd bagi tahun 2017 pada Isnin. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.

4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao
Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.

Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.

Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.

Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.

Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.

Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.