KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan hari kedua 2023 apabila sentimen risiko semakin bertambah baik berikutan keyakinan terhadap pembukaan semula sempadan China.
Unit tempatan melepasi paras 4.40 untuk ditutup hari ini kepada 4.3960/4010 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4050/4084 pada Selasa.
Bagaimanapun, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberi tahu Bernama bahawa ringgit memerlukan peningkatan data ekonomi China yang lebih ketara sekiranya mahu mencecah paras RM4.25 pada suku pertama tahun ini.
Menurutnya, China barangkali akan melonggarkan dasar sifar COVID-19 tetapi langkah itu juga akan mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan penularan varian baharu di negara tersebut.
Seorang peniaga berkata para pelabur memantau rapat mesyuarat antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan saintis China apabila WTO mempelawa China untuk mengemukakan data mengenai varian COVID-19 yang menular di negara tersebut.
Para pelabur juga menantikan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat pada malam ini selain mengambil kira kebimbangan terhadap kemelesetan global yang menyebabkan harga tenaga merosot.
Sementara itu ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.3011/3072 daripada paras penutup 5.2538/2579 pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.6650/6703 daripada 4.6460/6495 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2823/2863 daripada 3.2768/2798.
Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3694/3734 daripada 3.3755/3786 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Unit tempatan melepasi paras 4.40 untuk ditutup hari ini kepada 4.3960/4010 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4050/4084 pada Selasa. - Gambar fail/BERNAMA
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup kukuh, catat prestasi terbaik di Asia berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sebanyak 0.36 peratus kepada 4.3505/3560 daripada paras penutup 4.3675/3705 pada Selasa.
Ringgit diunjur meningkat berbanding dolar AS pada RM4.23 akhir 2024 - MIDF Amanah
Menurut MIDF Amanah, pendirian Rizab Persekutuan AS yang lebih longgar menguatkan keyakinannya kepada kenaikan ringgit pada suku keempat 2024.
Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS ketika ditutup
Ringgit susut sedikit ketika ditutup pada Jumaat selepas mencatatkan peningkatan berturut-turut sejak beberapa hari lepas, susulan konsolidasi dan pengambilan untung.
Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.
Ringgit kekal disokong dengan baik berikutan pasaran tunggu ucapan Pengerusi Fed
Ringgit kekal disokong dengan baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila menutup minggu dagangan ini di paras 4.37 pada Jumaat.
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.