Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) menyarankan agar peminjam membuat rundingan terus dengan koperasi mengenai lanjutan moratorium yang tempohnya akan berakhir September ini.
Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, persetujuan kedua-dua pihak diperlukan untuk memastikan situasi menang-menang bagi peminjam dan koperasi.
"Terpulang kepada rundingan antara peminjam dan koperasi kerana ada sesetengah koperasi yang kukuh boleh menerima moratorium itu, dan ada yang sebaliknya.
"Angkasa hanya menguruskan potongan yang dibuat oleh koperasi, jadi sekiranya tiada potongan, apa yang kami nak uruskan," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program redCOOP dan memperkenalkan produk Mukmin50+ dan Flexi68+ untuk sektor koperasi, di sini.
Abdul Fattah berkata koperasi berupaya memberikan lanjutan moratorium sekiranya mempunyai sumber dana dan modal yang kukuh.
"Jika koperasi yang menguruskan pinjaman daripada bank, koperasi perlu mengikut keputusan daripada bank," katanya, sambil menyifatkan kebanyakan koperasi mempunyai kekangan untuk memberikan lanjutan moratorium kerana aliran tunai yang tidak kukuh.
Katanya daripada 14,625 buah koperasi dengan keanggotaan 6.05 juta ahli yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, hanya 614 koperasi yang menyediakan pembiayaan kepada anggotanya.
Terdahulu, Angkasa dengan kerjasama syarikat pengendali rangkaian maya mudah alih, redONE Network Sdn Bhd (redONE) memperkenalkan program redCOOP bagi membangunkan program keusahawanan Telco khusus untuk anggota koperasi.
Menerusi program redCOOP, produk yang dilancarkan ialah pelan pascabayar Mukmin50+ serta Flexi68+ yang menawarkan pelan pascabayar, masing-masing bernilai RM50 dan RM68 sebulan.
Abdul Fattah berkata koperasi yang berdaftar akan menerima pakej kedai konsep redCOOP dan kemudahan latihan untuk jualan langsung serta dilantik sebagai penasihat jualan bagi produk di bawah program itu.
"Kami menyasarkan seramai 500,000 ahli koperasi akan menggunakan produk di bawah redCOOP menjelang 2021," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mohammad Farid Mohamed Yunus berkata pihaknya menyasarkan pengguna redONE akan meningkat kepada 1.5 juta orang pada Disember 2020 berbanding 1.2 juta orang pada masa ini.
Bernama
Tue Jul 28 2020
Abdul Fattah berkata, persetujuan kedua-dua pihak diperlukan untuk memastikan situasi menang-menang bagi peminjam dan koperasi. - Foto BERNAMA
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa
Koperasi di Malaysia memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berpatutan.
Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi
Ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.
Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.
Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.
Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.
Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.
Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.
Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.