PETALING JAYA: Pemberian lesen bank digital kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dilihat mampu membawa semangat baharu dan membantu sektor koperasi negara terus berkembang.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata kementerian itu menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia (BNM) seterusnya menawarkan produk perbankan secara digital kepada pelanggan.
"Kita berharap BNM yang mengeluarkan lesen bank digital akan dapat pertimbangkan (permohonan) kerana saya dimaklumkan bahawa Angkasa antara (pemohon) yang ada memohon untuk mulakan bank digital.
"Jika Angkasa dapat diberikan lesen (bank) digital, ini menunjukkan Angkasa yang mewakili koperasi membawa semangat baharu kepada gerakan koperasi di negara kita dan terus berkembang," katanya selepas majlis berbuka puasa sempena sambutan Jubli Emas Angkasa dan sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi, di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya, di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Suriani Ahmad dan Presiden Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.
Sebelum ini dilaporkan Angkasa dengan kerjasama Boustead Holding Berhad akan menubuhkan MyAngkasa Digital Services untuk mendapatkan lesen perbankan Islam digital daripada BNM.
Abdul Fattah berkata bank digital itu akan tertumpu kepada segmen pasaran B40, koperasi dan perindustrian kecil dan sederhana (PKS) bagi membolehkan mereka menjadi pasaran terbesar dalam ekonomi digital.
Pada 30 Mac lepas, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pengumuman mengenai pemenang lesen bank digital akan dibuat dalam masa terdekat selepas proses undang-undang selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Noh (kanan) pada gimik pelancaran Jubli Emas Angkasa sempena Sambutan 100 Tahun Koperasi selepas majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Angkasa, Petaling Jaya, 12 Apr 2022. -- fotoBERNAMA

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Komen Azizan mengenai pemberian lesen bank digital adalah pandangan peribadi - MPay
MPay berkata sebagai pemegang saham utama, Azizan juga tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan dan operasi syarikat.

Lesen bank digital: MPay hormati keputusan BNM - Azizan Osman
Kalaulah diberikan lesen ini, kita mungkin boleh wujudkan dan beroperasi dalam tempoh 6 bulan saja, kata Azizan.

Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.

BNM akan umum penerima lesen bank digital bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan penerima lesen bank digital bulan depan, kata Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.