KUALA LUMPUR: ManagePay Systems Bhd (MPay) menjelaskan bahawa komen pemegang saham utamanya, Datuk Azizan Osman, mengenai keputusan pemberian lesen bank digital oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pendapat peribadi beliau dan bukan pandangan pengurusan.
MPay dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa berkata sebagai pemegang saham utama, Azizan juga tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan dan operasi syarikat.
Ia berkata MPay percaya bahawa BNM telah menjalankan proses pemilihan yang teliti dan telus sebelum mengumumkan senarai lima pemegang lesen bank digital yang terpilih.
"Kewujudan lima pemegang lesen bank digital ini akan secara serentak mengubah landskap yang merangkumi sistem kewangan dan ekonomi digital yang berkembang pesat hari ini.
"MPay juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pemegang lesen bank digital sekiranya diberi peluang pada masa depan," katanya.
Pada 29 April, BNM mengumumkan senarai lima penerima lesen perbankan digital dan Azizan mengulas bahawa ia tidak diberikan secara adil kepada syarikat milik Bumiputera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Datuk Azizan Osman, pemegang saham utama ManagePay Systems Bhd (MPay). - Gambar fail/BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

RichWorks gedung lahirkan usahawan jutawan negara
RichWorks mahu perkukuh peranan sebagai sebuah institusi keramat melahirkan usahawan berjaya yang menyumbang kembali kepada masyakarat.

Azizan Osman diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia
Beliau menzahirkan rasa bersyukur dan pada masa sama berasa tidak percaya apabila permohonan tersebut diluluskan.

Santuni ibu, asbab Azizan Osman sentiasa murah rezeki, kini genggam PhD
Azizan mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini buat usahawan di bawah bimbingannya.

Siti Nurhaliza sasar SimplySiti capai jualan RM200 juta menjelang 2024
Keputusan dibuat dalam rangka transformasi serta memperkembangkan SimplySiti sebagai bisnes yang mapan.

Komen Azizan mengenai pemberian lesen bank digital adalah pandangan peribadi - MPay
MPay berkata sebagai pemegang saham utama, Azizan juga tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan dan operasi syarikat.

Lesen bank digital: MPay hormati keputusan BNM - Azizan Osman
Kalaulah diberikan lesen ini, kita mungkin boleh wujudkan dan beroperasi dalam tempoh 6 bulan saja, kata Azizan.

RichWorks anjur program Berani Bina Bisnes Berjaya, lahir lebih ramai jutawan
Ia bakal diadakan secara maya dan 100 peratus percuma sebagai usaha memupuk semangat keberanian usahawan untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi bermula 25 hingga 27 Februari 2022.

COVID-19: Azizan Osman, 31 ahli keluarga positif, ibu mentua meninggal dunia
Pakar motivasi dan penceramah, Datuk Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya positif COVID-19 manakala ibu mentuanya meninggal dunia akibat pandemik itu.

Isu 'PhD' Azizan Osman: Netizen pamer kepakaran buat 'siasatan'
'Siasatan' yang dijalankan oleh pengguna laman sosial menemui beberapa perkara yang agak luar biasa.