KUALA LUMPUR: Pengasas RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman telah diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) menerusi perkongsiannya di Instagram, semalam.
Azizan memuat naik kenyataan melalui emel daripada MIA yang memaklumkan permohonan beliau sebagai Akauntan Bertauliah telah diluluskan pada mesyuarat majlis baru-baru ini.
Beliau menzahirkan rasa bersyukur dan pada masa sama berasa tidak percaya apabila permohonan tersebut diluluskan.
"Tak percaya!!! MasyaAllah Tabarakallah baru dapat approval diterima sebagai Chartered Accountant (Malaysian Institute of Accountant)! Impian boleh jadi kenyataan! Alhamdulillah!," katanya.
Menerusi emel tersebut, MIA turut mengucapkan tahniah dan menyatakan surat rasmi akan dihantar kepada Azizan dalam masa terdekat.
Institut tersebut memaklumkan, beliau dikehendaki menghadiri Kursus Induksi Ahli dalam tempoh enam bulan selepas kemasukan sebagai ahli.
"Keperluan ini diperuntukkan di bawah Seksyen B100 Undang-Undang Kecil Institut (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional)," menurut emel berkenaan.
Pada Oktober lepas, Mentor Usahawan itu berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU) selepas menamatkan pengajian enam bulan lebih awal.
Kejayaan tersebut membolehkan beliau meraih PhD pertamanya daripada universiti tempatan.
Sementara itu, RichWorks mempelawa Bangsa Usahawan untuk bersama Azizan dalam sesi khas menerusi 'Live Voice Chat' di saluran Telegram Azizan Osman Official pada 4, 11, 18, 25 Disember dan 1 Januari 2023.
Sesi tersebut bertujuan untuk membincangkan persediaan dan persiapan usahawan bagi menghadapi cabaran keusahawanan untuk tahun 2023. - DagangNews
Dagang News
Fri Dec 02 2022
Pada Oktober lepas, Azizan berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU) selepas menamatkan pengajian enam bulan lebih awal. - Foto DagangNews
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
EURO 2024: Deschamps tak gusar prestasi hambar Mbappe
Pengendali Perancis Didier Deschamps tampil mempertahankan kapten dan pemain bintangnya, Kylian Mbappe selepas kritikan dilemparkan terhadap persembahan penyerang itu di Euro 2024.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta
Geran berjumlah RM1.67 juta telah dikeluarkan bagi membantu usahawan kumpulan B40 dan asnaf.
Koop Sahabat umum 10 peratus agihan dividen kepada anggota
Koop Sahabat Berhad mengumumkan agihan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM9 juta kepada 448,782 anggota koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Kerajaan berusaha selesai masalah air semua negeri, rentasi parti politik - PM Anwar
Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.
FAMA sasar RM2 juta nilai jualan Karnival Agro Madani 2024
Aminuddin berkata karnival itu dijangka mampu menarik lebih 200,000 pengunjung dengan penyertaan seramai 689 usahawan.
KKDW sasar 1,200 peserta terima manfaat program Pendigitalan Usahawan Desa tahun ini
RM1.7 juta diperuntukkan bagi memberi pendedahan kepada usahawan desa untuk beralih kepada teknologi baharu dan digital.
KUSKOP salur pembiayaan RM272.6 juta kepada 13,091 usahawan Johor
Daripada jumlah itu, RM81.5 juta disalurkan kepada 10,672 Sahabat AIM dan RM41.8 juta kepada 2,083 usahawan Tekun Nasional.
Jualan Agro MADANI FAMA bantu rakyat jimat hingga 30 peratus
Ketua Pengarah FAMA harap rakyat Pahang mendapat manfaat daripada program yang diadakan selama tiga hari bermula 12 hingga 15 Jun itu.
RichWorks gedung lahirkan usahawan jutawan negara
RichWorks mahu perkukuh peranan sebagai sebuah institusi keramat melahirkan usahawan berjaya yang menyumbang kembali kepada masyakarat.
Pernas bantu pengantarabangsaan usahawan francais Malaysia
Pernas melalui inisiatif pengantarabangsaannya membantu usahawan francais meningkatkan perniagaan mereka, sekali gus berkembang dalam dan negara.
MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan
MARA menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan.