KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) komited untuk menggerakkan koperasi sebagai wadah pembangunan dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat di negara ini, dengan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan yang boleh diceburi.
Presiden Angkasa Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".
Beliau berkata koperasi adalah antara institusi yang kekal berdiri teguh walaupun terkesan dengan pandemik yang berlaku beberapa tahun dahulu dan masih mencatatkan perolehan memberangsangkan ketika ini.
"Setakat 2023, gerakan koperasi telah menyumbang sejumlah RM64.6 bilion melepasi sasaran kerajaan iaitu RM60 bilion menjelang 2025.
"Hal ini menunjukkan koperasi yang digerakkan secara berkumpulan mampu memberi impak ekonomi yang besar dan stabil walaupun menghadapi cabaran sukar," kata Abdul Fattah yang juga Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN dalam kenyataan pada Sabtu.
Abdul Fattah berkata kejayaan itu mencerminkan daya tahan dan adaptasi koperasi dalam menghadapi perubahan ekonomi global dan dengan komitmen serta kerjasama anggota koperasi, mereka bukan sahaja dapat mengharungi cabaran, tetapi juga memanfaatkan peluang untuk terus berkembang maju.
Oleh itu, beliau berkata sokongan berterusan daripada kerajaan dan pelbagai pihak amat diperlukan untuk memastikan koperasi terus berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara secara mampan.
Menurut kenyataan itu, pencapaian terbabit juga didorong dengan inisiatif Angkasa melalui pelan dan dasar strategik dalam mewujudkan peluang untuk koperasi berkembang serta terlibat dalam sektor utama berimpak tinggi bagi membantu merakyatkan ekonomi MADANI.
Sokongan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memainkan peranan penting kepada pembangunan ekosistem dan pasaran yang lebih mesra koperasi.
Selain itu, pengiktirafan kerajaan terhadap gerakan itu dengan mengiktiraf Julai sebagai Bulan Koperasi Kebangsaan bertemakan "Malaysia MADANI Teras Kecemerlangan Koperasi" ialah satu penghargaan pada sumbangan gerakan koperasi dalam agenda pembangunan negara.
Kenyataan itu menyebut kedudukan Angkasa mewakili Malaysia selaku badan puncak gerakan koperasi negara sebagai ahli International Cooperative Alliance (ICA) sejak April 1972, telah memeterai pelbagai kerjasama strategik, perkongsian kepakaran dan pertukaran teknologi yang memberi keterlihatan gerakan koperasi negara di peringkat global.
Angkasa sentiasa menjayakan perdagangan antara koperasi dan koperasi (C-2-C) dan mempromosikan produk serta perkhidmatan koperasi di peringkat antarabangsa dengan menumpukan kepada empat segmen utama iaitu produk halal, Kewangan Islam, Model Koperasi Sekolah dan Model Koperasi Kariah Masjid.
Pada masa sama, Angkasa akan meneruskan komitmennya dalam memacu pertumbuhan koperasi menerusi kerjasama daripada semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan agensinya, sektor swasta dan masyarakat supaya gerakan ini terus berdaya maju dan memberikan impak positif demi manfaat rakyat jangka panjang.
Hari Koperasi Antarabangsa diraikan pada Sabtu pertama bulan Julai setiap tahun, dengan amalan itu diiktiraf secara rasmi pada 1995 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai hari yang dikhususkan bagi mempromosikan gerakan koperasi serta meningkatkan kesedaran berkoperasi kepada masyarakat umum.
Menurut Angkasa, terdapat lebih tiga juta koperasi dengan keanggotaan seramai lebih satu bilion individu yang menyumbang kepada 280 juta peluang pekerjaan di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Abdul Fattah berkata ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua". - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa
Koperasi di Malaysia memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berpatutan.

Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi
Ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".

Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.

Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.

Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.

Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.

Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.

Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.

Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.

Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.