PUTRAJAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mewujudkan rantaian perkhidmatan yang dinamakan Ekosistem Kredit Koperasi demi memantapkan perkhidmatan kredit gerakan koperasi seiring dengan hala tuju Angkasa yang terkandung dalam Pelan Strategik Angkasa 2050 (PESAN50).
Presiden Angkasa Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara dan ekosistem tersebut mampu melonjakkan standard dan kualiti koperasi di Malaysia setara dengan institusi pembiayaan lain.
"Antara produk yang dibangunkan di bawah ekosistem ini ialah Sistem Pelaporan Kredit Angkasa dan Experian, Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA), Tawarruq Angkasa, Non-Bank Lending Credit Information (NLCI) dan Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit Angkasa (ACCRS)".
"Hasil kerjasama strategik antara Angkasa dan Experian, kita berjaya menghasilkan sebuah sistem pelaporan kredit mampu milik khusus bagi sektor koperasi," katanya dalam kenyataan semalam.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sempena Majlis Ulang Tahun Sedekad Inovasi Bersama Sistem Pelaporan Kredit Angkasa dan Experian (SPeKAR) dan majlis penghargaan kepada pelanggan, yang dihadiri 21 koperasi kredit dan 11 syarikat pemberi pembiayaan di sini semalam.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Abdul Fattah berkata sepanjang 10 tahun penubuhannya, SPeKAR telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada 360 organisasi pelanggan koperasi dan juga agensi pembiaya, justeru untuk memantapkan perkhidmatannya, platform Trade Bureau diwujudkan bagi memberi peluang kepada koperasi atau agensi pembiayaan bukan perbankan untuk menyalurkan corak pembayaran kredit setiap individu.
SPeKAR, merupakan sebuah inovasi pelaporan kredit yang dibangunkan pada 2013 dengan menggabungkan maklumat pelaporan kredit potongan gaji Angkasa serta data institusi pembiayaan dalam satu platform dengan kerjasama bersama Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd.
Sistem itu menggabungkan maklumat seperti data maklumat kredit bank, litigasi, status muflis, maklumat pemilikan syarikat, penyenaraian negatif dan lain-lain maklumat kredit.
Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services Malaysia Dawn Lai berkata perkongsian sedekad Experian bersama Angkasa berdiri sebagai suatu mercu tanda kerjasama dan inovasi.
"Dengan menjadikan data berfungsi untuk semua, platform ini memperkasa pengguna, perniagaan dan komuniti Malaysia untuk berkembang maju dan kami menjangkakan masa hadapan cerah menerusi usaha bersama untuk membangunkan ekosistem pinjaman kredit dan meningkatkan kehidupan secara positif," katanya.
Kenyataan itu turut menyebut Angkasa akan terus memperkasakan kerjasama bersama Experian menerusi kepelbagaian data serta menambah baik sistem sedia ada supaya dapat mewujudkan persekitaran aktiviti kredit gerakan koperasi yang terbaik, profesional dan efisien.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Ewon (tiga, kanan) merasmikan Majlis Ulang Tahun Sedekad Inovasi Bersama SPeKAR dan majlis penghargaan kepada pelanggan di Putrajaya, semalam. - Foto Facebook Angkasa

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Koperasi sediakan khidmat kewangan berpatutan, ikut peraturan - Angkasa
Koperasi di Malaysia memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup penjawat awam dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang berpatutan.

Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi
Ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".

Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.

Angkasa wujudkan rantaian perkhidmatan ekosistem kredit koperasi
Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor koperasi dalam negara.

Angkasa sasar eksport produk koperasi ke pasaran Asia Pasifik
Ketika ini, Angkasa mempromosi produk ke negara ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Brunei dan Singapura.

Hati-hati dengan tawaran pinjaman mudah sambut Aidilfitri - Angkasa
Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.

Angkasa mampu jadi koordinator elak peranan 'orang tengah'
Angkasa mempunyai database dengan hampir 10 juta pengguna dan ia diyakini mampu menawarkan harga barangan yang lebih baik kepada pengguna.

Angkasa kenal pasti sembilan koperasi tangani isu kekurangan ayam
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengenal pasti sembilan koperasi yang boleh ditempatkan dalam industri ternakan ayam bagi menangani krisis kekurangan bekalan ayam di negara ini.

Angkasa gesa tubuh lebih banyak koperasi untuk golongan OKU
Koperasi dapat membantu lebih ramai golongan OKU melalui bidang perniagaan, pelancongan, kewangan, hartanah dan perbankan.

Angkasa bawa semangat baharu sektor koperasi jika dapat lesen bank digital - Noh Omar
Kementerian menyokong penuh hasrat Angkasa untuk memperoleh lesen tersebut daripada Bank Negara Malaysia.