Ringkasan AI
- Apple telah menukar ketua pasukan pembangunan Siri, menggantikan John Giannandrea dengan Mike Rockwell.
- Siri yang dikuasakan kecerdasan buatan telah ditangguh daripada jadual asal dan mungkin hanya akan diberikan menerusi iOS 19.
- Siri akan mempunyai ciri diperibadikan mengikut tabiat dan keperluan pengguna, tetapi pelancarannya telah ditangguhkan dan iklan telah dipadam daripada YouTube.
Menurut Bloomberg, John Giannandrea telah digantikan oleh Mike Rockwell selepas Tim Cook dilaporkan hilang kepercayaan untuk Giannandrea untuk mengetuai pembangunan produk seperti dijanjikan.
Giannandrea walau bagaimanapun masih akan kekal mengetahui pasukan pembangunan Apple Intelligence.
Pemilihan Mike Rockwell adalah agak menarik kerana beliau ialah ketua pembangunan Vision Pro sebelum ini yang juga berhadapan dengan pelbagai isu pascapelancaran.
Siri yang dikuasakan kecerdasan buatan sudah ditangguh daripada jadual asal dan pada waktu ini terdapat ura-ura ia hanya akan diberikan menerusi iOS 19.
Menerusi iklan yang diterbitkan oleh Apple sebelum ini, Siri akan mempunyai ciri diperibadikan mengikut tabiat dan keperluan pengguna.
Selepas pelancarannya ditangguhkan, iklan yang diterbitkan Apple telah dipadam daripada YouTube. -Amanz
