Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG) Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkongsi momen dia di lapangan terbang pada Ahad.
Memilih untuk pergi pada 10 malam terakhir Ramadan, Bella bakal menunaikan umrah bersama adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut kelihatan.
Pada momen tersebut, Bella mengenakan jubah rona gelap dan Syed Saddiq memakai baju Melayu serba cerah.
Syed dan Bella turut bergambar bersama sebelum Bella ke balai perlepasan.
Terdahulu, netizen 'merestui' hubungan Bella dan Syed malah mendoakan agar mereka bertemu jodoh kerana disifatkan serasi dan memiliki wajah seiras.
Untuk info, Bella bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu.
Syed Saddiq pula masih bujang. - Sinar Harian
