Bella kelihatan cantik mengenakan pakaian serba putih ketika hadir di mahkamah pada jam 10.25 pagi.
"Assalamualaikum, lepas ini saya nak ke kerja terus," kata pelakon itu.
Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq, 33.
Sebelum ini Bella pernah menemani ahli politik itu ke sidang sidang Dewan Rakyat yang mana Syed Saddiq segak berbaju Melayu sementara Bella berbaju kurung dengan rona sedondon.
Video kehadiran Bella di Parlimen, turut dikongsi menerusi Facebook Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - Sinar Harian
