APPLE TV+ merupakan perkhidmatan penstriman video oleh Apple, menyertakan sejumlah siri televisyen dan juga filem melaluinya.


Ringkasan AI
  • Apple TV Plus mengalami kerugian lebih $1 bilion setiap tahun.
  • Apple TV Plus mempunyai sekitar 45 juta pelanggan berbayar pada tahun 2024.
  • Apple menghadapi cabaran menarik lebih ramai pengguna kerana katalognya yang rendah dan kurang fokus pada kandungan lokal.


Terbaharu, mengikut laporan The Information, Apple TV+ dikatakan mengalami kerugian lebih $1 bilion setiap tahun.

Ia dikatakan pada tahun 2024 lepas, Apple TV+ mempunyai sekitar 45 juta pelanggan berbayar.

Tidak diketahui berapa ramai melanggannya secara berasingan, dan berapa ramai yang menerima akses Apple TV+ melalui berkas langganan Apple One.

Di samping itu, Apple juga dilihat menghadapi cabaran dalam menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan penstriman video mereka – jikalau dibandingkan dengan Netflix, Prime Video mahupun Disney+ Hotstar.

Salah satu sebabnya adalah kerana katalognya yang masih rendah, selain Apple seperti tidak memfokuskan kandungan lokal melalui penawaran mereka.

Apa pun, boleh dikatakan kerugian $1 bilion adalah rendah kepada Apple, yang menjana keuntungan lebih tinggi berbanding pelbagai penyedia perkhidmatan lain di pasaran. -Amanz