IOS 18.4 sepatutnya menjadi kemas kini di mana Apple Intelligence mengaktifkan Siri yang “lebih bijak”.


Ringkasan AI
  • Siri yang lebih bijak ditangguh ke iOS 19 kerana masalah pembangunan.
  • Apple disaman oleh Clarkson Law atas dakwaan pengiklanan palsu.
  • Saman ini berkaitan ciri Siri yang tidak disertakan dalam iPhone 16 atau iOS 18.


Namun atas masalah pembangunan yang rumit dan sumber kod Siri yang kompleks, Siri generasi baharu ini terpaksa ditangguh ke iOS 19.

Disebabkan ini, iklan Siri telah dipadam, projek skrin pintar Apple ditunda dan ketua pasukan Siri yang ditukar.

Terbaharu, Apple telah disaman pula disebabkan perkara yang sama.

Apple disaman oleh firma guaman Clarkson Law, iaitu firma yang sama menyaman Google dan OpenAI atas isu pembangunan teknologi AI masing-masing sebelum ini.

Saman ini dikenakan atas dakwaan Apple mengamalkan pengiklanan palsu dan mengelirukan orang ramai membeli produk dengan ciri atau fungsi yang tidak wujud atau dihadkan.

Saman ini lebih spesifik kepada ciri Siri yang tidak disertakan dalam pembelian iPhone 16 atau iPhone yang datang dengan iOS 18.

Clarkson Law dikatakan mewakili semua pengguna yang rasa tertipu dengan pengiklanan Apple dan ingin meneruskan saman ini sebagai tindakan berkelas.

Adakah anda terperdaya dengan pengiklanan Apple atau sudah boleh jangka yang ia memang akan ditunda jadi tidak hairan? -Amanz