Sat Mar 22 2025
MA63: Perjuangan GPS jelas dan konsisten
Perjuangan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat jelas dan konsisten dalam tuntutannya ke atas hak minyak dan gas di wilayah itu.
Pemimpin tertinggi Hamas terbunuh di Gaza Selatan
Israel melancarkan serangan udara di Gaza Selatan yang membunuh pemimpin politik Hamas, Salah al-Bardaweel, mencetuskan gesaan gencatan senjata dari kuasa antarabangsa dan menambah tekanan terhadap konflik berpanjangan.
Dron rusia serang Kyiv, 7 cedera dan kebakaran tercetus
Tujuh orang cedera dan beberapa kebakaran tercetus selepas serangan dron besar-besaran Rusia ke atas Kyiv, di tengah-tengah usaha damai yang masih buntu antara kedua-dua negara.
Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM3.56 juta
Lima syarikat korporat telah menyumbang zakat perniagaan berjumlah RM3.56 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Royal College Of Medicine Perak, TM Technology Services Sdn Bhd, dan Zaman Motors Sdn Bhd masing-masing menyumbang kepada jumlah ini.
Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Royal College Of Medicine Perak, TM Technology Services Sdn Bhd, dan Zaman Motors Sdn Bhd masing-masing menyumbang kepada jumlah ini.
Lelaki larikan RM2 juta barang kemas, direman tujuh hari
Lelaki yang terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Sabtu, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Suspek curi kabel dikejar polis hingga Jalan Kuching
Seorang suspek kes curi kabel melarikan diri selepas dikejar polis dari Taman Rainbow Sentul hingga ke Jalan Kuching, meninggalkan kenderaan yang mengandungi peralatan jenayah.
AWANI Ringkas: Rayuan Jabatan Peguam Negara didengar esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WWF-Malaysia anjur sidang kemuncak Earth Hour, perkasa tanggungjawab belia ke arah masa depan mampan
WWF-Malaysia dengan kerjasama Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University menganjurkan Earth Hour #MYTogetherPossible Youth Summit 2025 bertujuan memperkasakan generasi muda dengan tindakan kolektif ke arah masa depan mampan.
MUDA bantu PSM di PRK Ayer Kuning
Parti MUDA menyokong pencalonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dan akan bekerjasama secara langsung dalam kempen sebagai usaha memperjuangkan politik alternatif yang berprinsip.
Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok di marang
Ambulans yang membawa seorang pesakit wanita dan petugas perubatan terbabas di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambu Bongkok, Marang.
Kemalangan berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri pecah, menyebabkan ambulans melanggar pokok.
Kemalangan berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri pecah, menyebabkan ambulans melanggar pokok.
Ismail Sabri nafi tarik sokongan terhadap kerajaan
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, menegaskan beliau serta Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rayuan AGC didengar esok
Permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan didengar esok di Mahkamah Persekutuan.
Malaysia-India kukuh hubungan dagang strategik
Malaysia dan India memperkukuh kerjasama ekonomi menerusi misi perdagangan lima hari yang menyasarkan sektor strategik seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan industri kimia.
Wisma Putra kongsi maklumat logo halal ASEAN
Kementerian Luar Malaysia memperkenalkan logo halal negara-negara ASEAN bagi memudahkan pengguna Muslim mengenali logo-logo yang sah dan dipercayai ketika melancong ke negara jiran.
Bekalan elektrik pulih sepenuhnya di Johor Bahru
Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik di Johor Bahru, Johor selepas banjir, sambil menekankan keselamatan, sokongan teknikal dan komunikasi berterusan kepada pelanggan.
Jumlah mangsa di Johor, Sarawak menurun
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini setakat jam 11 pagi.