Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.
- Negeri-negeri yang terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, dan Sarawak.
- Kawasan-kawasan tertentu di setiap negeri diramal mengalami cuaca buruk, seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama di Perak, serta Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.
Ia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Di Perak, kawasan diramal mengalami cuaca berkenaan termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala Pahang (Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Pekan).
Keadaan sama diramal melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Selain itu, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang).
-- BERNAMA
