Jumlah perdagangan Malaysia pada April 2018 meningkat 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan sebanyak 3.5 peratus pada Mac, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dalam kenyataan, MITI berkata eksport pada bulan tersebut mencatatkan peningkatan yang kukuh sebanyak 14 peratus tahun ke tahun kepada RM84.24 bilion, merupakan nilai eksport bulanan kedua tertinggi selepas RM84.47 bilion dicatatkan pada bulan sebelumnya.
"Pertumbuhan itu disokong terutamanya oleh peningkatan eksport ke Hong Kong, ASEAN, China, Kesatuan Eropah, Taiwan, Bangladesh dan Korea Selatan.
"Import berkembang sebanyak 9.1 peratus tahun ke tahun kepada RM71.17 bilion. Lebihan dagangan berjumlah RM13.07 bilion, merupakan lebihan dagangan ke-246 bulan berturut-turut sejak November 1997," katanya.
Katanya jumlah perdagangan bagi empat bulan pertama tahun ini berjumlah RM597.3 bilion, naik 4.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala eksport berkembang 7.8 peratus kepada RM321.87 bilion dan import meningkat 1.6 peratus kepada RM275.43 bilion.
Setakat ini pada tahun ini, lebihan dagangan melonjak sebanyak 68.7 peratus kepada RM46.44 bilion berbanding tempoh sama pada 2017.
Eksport hasil galian naik 4.2 peratus kepada RM6.76 bilion, merangkumi lapan peratus daripada jumlah eksport Malaysia, disumbangkan terutamanya oleh kenaikan eksport petroleum mentah.
Eksport keluaran pertanian, yang merangkumi 7.1 peratus daripada jumlah eksport, menguncup 4.8 peratus kepada RM6.01 bilion berikutan pengurangan eksport getah asli.
Mengenai prestasi pasaran utama, MITI berkata perdagangan dengan ASEAN meningkat 11 peratus tahun ke tahun kepada RM41.39 bilion, merangkumi 26.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
MITI berkata import barang pengantara, bernilai 47.5 peratus daripada jumlah import, berkurangan sebanyak 11.9 peratus susulan penurunan import alat ganti dan aksesori barang modal (kecuali kelengkapan pengangkutan) terutamanya jentera elektrik, kelengkapan dan alat ganti.
Import barang modal, bernilai 11.8 peratus daripada jumlah import, naik 4.8 peratus didorong oleh import yang lebih tinggi bagi kelengkapan pengangkutan untuk tujuan industri, khususnya kapal terbang dan alat ganti.
Barang penggunaan, bernilai 7.8 peratus daripada jumlah import, susut 1.8 peratus, hasil pengurangan import bahan separa tahan lama terutamanya artikel plastik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 05 2018
![Jumlah perdagangan Malaysia naik 11.7 peratus kepada RM155.42 bilion pada April 2018 Jumlah perdagangan Malaysia naik 11.7 peratus kepada RM155.42 bilion pada April 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41472377442_GlobalBusiness.jpg)
MITI berkata perdagangan dengan ASEAN meningkat 11 peratus tahun ke tahun kepada RM41.39 bilion, merangkumi 26.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia. - Gambar hiasan
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Kerajaan sasar pengembangan pasaran eksport buluh sehingga RM85 juta pada 2030 Kerajaan sasar pengembangan pasaran eksport buluh sehingga RM85 juta pada 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720500994_TBJOHARIGHANIjpg.jpg)
Kerajaan sasar pengembangan pasaran eksport buluh sehingga RM85 juta pada 2030
Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh juga menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus pada 2023.
![Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720254686_durian.jpg)
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
![Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023 Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719612908_AbdulAzizOthman.jpg)
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023
Jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah 26.75 juta tan, membentuk kira-kira 7% daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.
![Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719479735_RAJABUAHdurian.jpg)
Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini
Melalui MoU yang ditandatangani 19 Jun lalu, Malaysia mendapat 'lampu hijau' untuk mengeksport durian, namun belum dipastikan tarikh sebenarnya.
![Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719307643_tbKualaLumpurGener.jpg)
Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.
![Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion.
![Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716109121_TBRAMYEON.jpg)
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
![Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710373531_tbgetah.jpg)
Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.
![Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710155707_TanSriSohThianLa.jpg)
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
![Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710753810_WestportsPortKlang.jpg)
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.