KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan bilateral di antara Malaysia dengan Kazakhstan berjumlah RM480 juta bagi 10 bulan pertama 2022 dengan eksport bernilai RM475 juta manakala import sebanyak RM5 juta, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Pengarah MATRADE bagi Asia Tengah, Barat, Selatan dan Afrika Idzham Abdul Hamid berkata kenaikan 52.3 peratus jumlah eksport disebabkan oleh sektor elektrik dan elektronik (EE), minyak sawit dan pertanian.
“Kita mengimport logam, peralatan pengangkutan dan kimia serta produk kimia dari Kazakhstan,” katanya kepada pemberita selepas Forum Perniagaan dan Pelaburan Kazakhstan di sini semalam.
Idzham dalam ucapan alu-aluannya berkata jumlah perdagangan antara Malaysia dan Kazakhstan pada tahun lepas mencapai RM407.5 juta dengan eksport bernilai RM363 juta dan import RM44.5 juta.
Lima eksport utama Malaysia ke Kazakhstan adalah EE, produk getah, hasil pertanian, produk perkilangan berasaskan minyak sawit serta produk pertanian berasaskan minyak sawit.
“Selepas pandemik COVID-19 dan pembukaan semula sempadan Malaysia, kami meramalkan perdagangan (Malaysia) dengan Kazakhstan akan terus meningkat.
“Antara sektor berpotensi ialah produk halal, makanan dan minuman, pendidikan dan tenaga boleh baharu,” katanya.
Beliau berkata MATRADE telah mengenal pasti Asia Tengah sebagai pasaran baharu untuk tujuan pengembangan dengan Kazakhstan sebagai hab serantau bagi pengeskport Malaysia.
Mengulas mengenai hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara, Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev berkata keadaan itu semakin baik berbanding 2020 ketika pandemik melanda.
“Tahun 2020 adalah yang terburuk, tetapi tahun lepas ia (perdagangan) meningkat perlahan-lahan. Kami optimis namun berhati-hati bagi tahun ini. Sudah pasti kami tidak boleh meramalkan (masa depan), tetapi kami akan berusaha menggalakkan peluang perniagaan untuk kedua-dua negara.
“Kita akan melihat jumlah tersebut bertambah sewajarnya berikutan ekonomi Malaysia telah dibuka semula. Kami berharap untuk menyambung semula kesalinghubungan perdagangan dan perniagaan,” katanya.
Beliau berkata sektor kewangan Malaysia berupaya menjadi sektor berpotensi untuk diperluas ke Kazakhstan, terutamanya kewangan Islam.
"Kazakhstan telah membangunkan sektor teknologi kewangan dengan baik manakala Malaysia dengan kewangan Islam, iaitu sektor yang mana Kazakhstan mempunyai kekurangan,” katanya.
Beliau berkata sektor kewangan Malaysia boleh memanfaatkan Kazakhstan sebagai batu loncatan untuk mengembangkan kecekapan dalam kewangan Islam di peringkat serantau.
Sugurbayev berkata syarikat guaman Malaysia, CSQlaw Kazakhstan akan membantu syarikat Malaysia untuk memulakan perniagaan di Kazakhstan.
Bercakap kepada Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif CSQ Network Sdn Bhd Suji Nordin berkata syarikat itu membantu beberapa syarikat Kazakhstan untuk menyelesaikan urusan perniagaan di Malaysia dengan bantuan MATRADE pada tahun ini.
“Melalui hubungan baik kami dengan kerajaan Malaysia terutamanya MATRADE serta CSQlaw, kami boleh membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berhasrat menjalankan perniagaan di Kazakhstan, begitu juga sebaliknya,” katanya.
Menurut Suji, CSQlaw Kazakhstan selaku syarikat guaman Asia Tenggara pertama yang membuka pejabat mereka di Astana adalah milik syarikat Malaysia, The Chambers of Shamsul Qamar di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
![Jumlah perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 juta 10 bulan pertama 2022 - Matrade Jumlah perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 juta 10 bulan pertama 2022 - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639990139_growingmalaysian.jpg)
MATRADE telah mengenal pasti Asia Tengah sebagai pasaran baharu untuk tujuan pengembangan dengan Kazakhstan sebagai hab serantau bagi pengeskport Malaysia.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Jumlah perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 juta 10 bulan pertama 2022 - Matrade Jumlah perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 juta 10 bulan pertama 2022 - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639990139_growingmalaysian.jpg)
Jumlah perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 juta 10 bulan pertama 2022 - Matrade
Kenaikan 52.3 peratus jumlah eksport disebabkan oleh sektor elektrik dan elektronik (EE), minyak sawit dan pertanian.
![Hubungan Arab Saudi-Malaysia terus utuh menerusi kerjasama pelbagai bidang Hubungan Arab Saudi-Malaysia terus utuh menerusi kerjasama pelbagai bidang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632371997_TBMASARABjpg.jpg)
Hubungan Arab Saudi-Malaysia terus utuh menerusi kerjasama pelbagai bidang
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia memaklumkan hubungan kedua-dua negara terbina hasil lipatan sejarah agama dan budaya yang sama.
![Malaysia-Turki setuju kukuh kerjasama dalam tadbir urus hal ehwal Islam Malaysia-Turki setuju kukuh kerjasama dalam tadbir urus hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624937668_DatukDrZulkifliM.jpg)
Malaysia-Turki setuju kukuh kerjasama dalam tadbir urus hal ehwal Islam
Kedua-dua negara setuju memperkukuh kerjasama melalui perkongsian pintar dalam zakat, industri halal, penyelidikan, kefatwaan, wakaf, falak dan memerangi keganasan.
![Muhyiddin tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari Muhyiddin tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617527097_muhyiddinbrunei.jpg)
Muhyiddin tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
Muhyiddin dijangka menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-23 yang dijadual berlangsung di Istana Nurul Iman pada Isnin.
![COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601526317_DutaBesarChinake.jpg)
COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.
![Duta Besar Senegal meninggal dunia: Dr Shazelina akui amat terkesan Duta Besar Senegal meninggal dunia: Dr Shazelina akui amat terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599649748_FatouDanielleDiagn.jpg)
Duta Besar Senegal meninggal dunia: Dr Shazelina akui amat terkesan
Sebagai rakan rapat, Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin akui amat terkesan dengan pemergian Diagne.
![Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581326416_datumddinabu.jpg)
Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh
Kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan akan diperkukuh melalui hubungan bilateral dengan pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI).
![Perang dagang AS-China tidak sekat APEC capai matlamat holistik Perang dagang AS-China tidak sekat APEC capai matlamat holistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576060162_apec.jpg)
Perang dagang AS-China tidak sekat APEC capai matlamat holistik
Perang perdagangan Amerika Syarikat dan China akan menjadi antara perbincangan utama secara holistik di bawah tunjang utama Kemakmuran Bersama dalam kalangan 21 anggota ekonomi APEC dari Asia Pasifik.
![Tun Mahathir mahu hubungan Malaysia-Austria lebih rancak Tun Mahathir mahu hubungan Malaysia-Austria lebih rancak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548070280_TUNM.jpg)
Tun Mahathir mahu hubungan Malaysia-Austria lebih rancak
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan bilateral dengan Canselor Austria, Sebastian Kurz selama lebih 30 minit di Canseleri Persekutuan, Vienna.
![Singapura harap hubungan dua hala dengan Malaysia terus kukuh Singapura harap hubungan dua hala dengan Malaysia terus kukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528735511_TunMahathir.jpg)
Singapura harap hubungan dua hala dengan Malaysia terus kukuh
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di luar Persidangan Nikkei pada Isnin.