KUALA LUMPUR: Hubungan Arab Saudi dan Malaysia kekal utuh dan terus berkembang dengan menyediakan ruang lebih luas untuk kerjasama dalam pelbagai bidang.
Sempena Hari Kebangsaan ke-91 Arab Saudi pada 23 September, Jabatan Hal Ehwal Media Kedutaan Arab Saudi di Malaysia menerusi satu artikel memaklumkan hubungan kedua-dua negara terbina hasil lipatan sejarah agama dan budaya yang sama.
"Hubungan ini turut diperkukuh melalui lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara. Kunjungan paling bersejarah adalah ketika kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia pada 2017," menurut artikel itu.
Lawatan tersebut menjana pelbagai perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara, termasuk kerjasama Saudi Aramco Petroleum Company dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melalui projek loji penapisan minyak.
Kerjasama itu turut merangkumi usaha sama dua projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).
Artikel itu turut menyentuh lawatan peringkat tertinggi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac 2021 telah membawa hubungan Kuala Lumpur-Riyadh ke tahap baharu.
Lawatan itu turut memberi impak positif bagi Malaysia termasuk melibatkan MoU dalam memudahkan proses pra-pelepasan jemaah haji dan umrah Malaysia.
Dalam konteks ini, Malaysia adalah negara pertama disenaraikan dalam "Makkah Road Initiative".
Kedua-dua negara turut bersetuju menubuhkan Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia bagi memberi laluan untuk rundingan dan konsultasi secara berkala mengenai hal-hal berkaitan kepentingan bersama.
Statistik menunjukkan jumlah jemaah haji Malaysia dan Mu'tamir dari 2015 hingga 2019 adalah sekitar 177,124 jemaah, dan 1.2 juta Mu'tamir.
Menyentuh mengenai pendidikan, kerajaan Arab Saudi turut menyediakan 300 biasiswa setiap tahun kepada pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi di negara itu.
Jumlah penuntut Malaysia yang menerima biasiswa kini sebanyak 149 sementara pelajar Arab Saudi yang menyambung pengajian di Malaysia dari 2015 hingga 2021 melebihi 6,000 orang.
Mengenai hubungan sesama rakyat, jumlah pelancong Arab Saudi ke Malaysia pada 2019 mencecah 121,444 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia memaklumkan hubungan kedua-dua negara terbina hasil lipatan sejarah agama dan budaya yang sama.
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.