Al-Shibani, yang membuat lawatan luar negara pertama pentadbiran baharu Syria, bertemu dengan Menteri Pertahanan Saudi, Putera Khalid bin Salman di Riyadh pada Khamis.
Dalam catatan di X, Al-Shibani berkata, melalui lawatan itu kerajaan Syria menyampaikan visi nasional untuk mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Ini termasuk berusaha untuk melancarkan rancangan pembangunan ekonomi yang membuka jalan untuk pelaburan, mewujudkan perkongsian strategik dan meningkatkan keadaan hidup serta perkhidmatan.
Sejak menggulingkan Bashar pada 8 Disember lalu, pejuang Islamis yang dipimpin oleh Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) berusaha meyakinkan negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka akan memerintah bagi pihak semua rakyat Syria.
Baru-baru ini, Riyadh memulakan usaha untuk menormalkan hubungan dengan kerajaan Bashar, membuka jalan untuk Syria kembali ke Liga Arab pada tahun 2023.
Ia sebahagian usaha untuk mengurangkan pengaruh Iran di negara itu dan mengawal aliran dadah termasuk methamphetamine captagon.
Sumber dari kerajaan Saudi memberitahu Reuters bahawa kerajaan Saudi komited untuk menjaga keamanan di Syria dan memastikan kestabilan adalah keutamaan.