Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di luar Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Jepun.
"Kedua-dua pihak harus meneruskan untuk meningkatkan hubungan dua hala berdasarkan perjanjian yang ada," kata Teo, yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Singapura, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.
Kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan bilateral yang panjang dan luas antara Singapura dan Malaysia.
Mereka juga menyatakan interaksi kerap antara menteri dan pegawai kanan kedua-dua negara diteruskan.
Teo dan Dr Mahathir juga bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baharu, seperti perdagangan dan pelaburan untuk faedah bersama.
Kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global.
Pertemuan itu turut disertai Menteri Kewangan Singapura Heng Swee Keat.
Bertemakan 'Keeping Asia Open: How to Achieve Prosperity and Stability', persidangan itu anjuran Nikkei Inc. di Tokyo.
Teo dan Dr Mahathir juga bersetuju kedua-dua negara perlu terus bekerjasama untuk mengukuhkan ASEAN dan melindungi kestabilan dan pembangunan serantau. -- Bernama
Bernama
Mon Jun 11 2018
Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Teo bersempena lawatan kerja beliau di Tokyo, Jepun pada Isnin. - BERNAMA
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Jumlah perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 juta 10 bulan pertama 2022 - Matrade
Kenaikan 52.3 peratus jumlah eksport disebabkan oleh sektor elektrik dan elektronik (EE), minyak sawit dan pertanian.
Hubungan Arab Saudi-Malaysia terus utuh menerusi kerjasama pelbagai bidang
Kedutaan Arab Saudi di Malaysia memaklumkan hubungan kedua-dua negara terbina hasil lipatan sejarah agama dan budaya yang sama.
Malaysia-Turki setuju kukuh kerjasama dalam tadbir urus hal ehwal Islam
Kedua-dua negara setuju memperkukuh kerjasama melalui perkongsian pintar dalam zakat, industri halal, penyelidikan, kefatwaan, wakaf, falak dan memerangi keganasan.
Muhyiddin tiba di Brunei untuk lawatan kerja dua hari
Muhyiddin dijangka menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-23 yang dijadual berlangsung di Istana Nurul Iman pada Isnin.
COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.
Duta Besar Senegal meninggal dunia: Dr Shazelina akui amat terkesan
Sebagai rakan rapat, Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin akui amat terkesan dengan pemergian Diagne.
Kawalan keselamatan sempadan Sarawak dan Kalimantan diperkukuh
Kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan akan diperkukuh melalui hubungan bilateral dengan pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Perang dagang AS-China tidak sekat APEC capai matlamat holistik
Perang perdagangan Amerika Syarikat dan China akan menjadi antara perbincangan utama secara holistik di bawah tunjang utama Kemakmuran Bersama dalam kalangan 21 anggota ekonomi APEC dari Asia Pasifik.
Tun Mahathir mahu hubungan Malaysia-Austria lebih rancak
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan bilateral dengan Canselor Austria, Sebastian Kurz selama lebih 30 minit di Canseleri Persekutuan, Vienna.
Singapura harap hubungan dua hala dengan Malaysia terus kukuh
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean, membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di luar Persidangan Nikkei pada Isnin.