KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turki bersetuju memperkukuh kerjasama bilateral dalam tadbir urus hal ehwal agama Islam.
Kata sepakat ini dicapai susulan pertemuan secara maya antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan rakan sejawatnya dari Turki, Profesor Ali Erbas, pada Isnin.
"Alhamdulillah, kedua-dua negara bersetuju memperkukuh kerjasama melalui perkongsian pintar dalam zakat, industri halal, penyelidikan, kefatwaan, wakaf, falak dan memerangi keganasan.
"Ini melibatkan pertukaran pegawai, penyelidik, perkongsian kajian penyelidikan dan lain-lain inisiatif yang bakal diselaraskan.
"Semoga usaha ini dapat membuahkan manfaat yang besar kepada ummah di kedua-dua buah negara bersaudara ini," katanya dalam muat naik di Facebook hari ini.
Zulkifli berkata, perbincangan menerusi sidang video itu berlangsung selama 45 minit, dimulai dengan beliau menyingkap sejarah ringkas hubungan Khilafah Turki Uthmaniyyah dan alam Melayu (nusantara) yang sudah terbina erat ratusan tahun lamanya.
"Ali Erbaş menyambut ucapan saya dengan mengharapkan usaha yang lebih serius dapat dijalankan bagi menyambung hubungan diplomatik dan persaudaraan tersebut yang telah diwarisi turun temurun," katanya.
Hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Ankara bermula pada 1964 dan terus kukuh walaupun jarak dua negara begitu jauh.
Turki mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur dan Malaysia mempunyai kedutaan di Ankara.
Malah kedua-dua negara adalah ahli penuh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Afiezy Azaman
Tue Jun 29 2021
Zulkifli mengadakan perbincangan bersama Ali Erbas menerusi sidang video pada Isnin. - Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Pesara Komander TLDM didakwa 89 tuduhan tipu lebih RM1 juta
Dia didakwa menipu Kapten TLDM dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Sarawak kukuhkan kedudukan selaku peneraju teknologi hidrogen
Penganalisis berkata, ini dapat dilihat menerusi sembilan projek utama yang sedang dalam pembangunan di negeri tersebut.
PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal
Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa PETROS akan memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dan petronas setelah diiktiraf sebagai agregator gas tunggal di wilayah itu.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
Lega tambahan RM100 dalam SARA, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Warga Israel mohon gantung bicara kes senjata api
Permohonan warga Israel, Avitan Shalom untuk menggantung perbicaraan dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api yang dihadapinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 28 Februari depan.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Avitan, 39, dan pendakwaan selaku responden.
Hakim, K Muniandy menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan yang mewakili Avitan, 39, dan pendakwaan selaku responden.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
Filem 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les' Copaque bertajuk 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.