KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan yang telah diluluskan tertinggi dalam sejarah dengan RM329.5 bilion pada 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah yang direkodkan ini adalah 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022 yang mana ia didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42.8 peratus.
Jelas beliau, landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan itu mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani.
"Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing.
"Secara tidak langsung, ini merupakan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan (pro-investment) dan mesra perniagaan (pro-business) yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan (whole-of-government) telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau menambah, jumlah pelaburan yang diluluskan tersebut melibatkan 5,101 projek dan berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara.
"Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan tertinggi dengan menyumbang lebih daripada separuh (51.1%) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu RM168.4 bilion, diikuti oleh sektor perkilangan sebanyak RM152.0 bilion (46.1%) dan sektor utama (primary industries) sebanyak RM9.1 bilion (2.8%)," jelas beliau dalam kenyataan sama selepas membentangkan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) 2024 pada Khamis.
Selain itu, mesyuarat juga telah membincangkan mengenai hala tuju pelaburan digital negara, selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang semakin pesat dan merupakan di antara sektor ekonomi yang penting dalam memperkukuhkan agenda pelaburan negara.
"Ekonomi digital di Malaysia yang telah menyumbang sebanyak 23.2 peratus kepada KDNK pada tahun 2021, diunjurkan meningkat kepada 25.5 peratus menjelang tahun 2025.
"Bagi tempoh 2021-2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion, yang merangkumi projek yang diluluskan melalui Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan.
"Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan kepada 36,553 rakyat tempatan," tambah beliau.
Antara pelaburan digital yang diluluskan adalah dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan.
Kata beliau yang juga Menteri Kewangan, kehadiran syarikat-syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa Malaysia mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital.
Justeru, katanya kerajaan perlu memudahcara sebaik mungkin pelaburan digital berpotensi tanpa sebarang kompromi terhadap aspek berkaitan keselamatan data dan kedaulatan negara.
Nickyson Nyambar
Thu Feb 22 2024
![Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705378319_TBANWAR.jpg)
Anwar berkata landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan itu mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani. - Gambar fail/Astro AWANI
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
![Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023 Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718102534_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710253636_tengkuzafrul.jpg)
RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.
![Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705378319_TBANWAR.jpg)
Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM
Prestasi cemerlang ini didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42.8 peratus.
![Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 - Sanusi Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693908989_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 - Sanusi
Kerajaan negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.
![Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681298092_Zafrul.jpg)
Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.
![Malaysia rekod RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022 - Tengku Zafrul Malaysia rekod RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022 - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676410523_MenteriPerdagangan.jpg)
Malaysia rekod RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, sektor perkhidmatan mendominasi jumlah pelaburan diluluskan tahun lepas dengan mencatatkan 3,581 projek bernilai RM154 bilion atau 58 peratus dari jumlah keseluruhan.
![Pelaburan diluluskan Malaysia melonjak 51.5 peratus kepada RM177.8 bln dalam tempoh Jan-Sept 2021 Pelaburan diluluskan Malaysia melonjak 51.5 peratus kepada RM177.8 bln dalam tempoh Jan-Sept 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640298045_AzminAliMITIGom.jpg)
Pelaburan diluluskan Malaysia melonjak 51.5 peratus kepada RM177.8 bln dalam tempoh Jan-Sept 2021
Pelaburan itu terdiri daripada sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, dijangka menghasilkan 79,899 pekerjaan di negara ini.