KUALA LUMPUR: Selepas berjaya meraih pelaburan yang diluluskan bernilai RM132.6 bilion pada separuh pertama 2023, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.
"Saya gembira dengan pencapaian kami pada separuh pertama 2023, meraih RM132.6 bilion atau 60.3 peratus daripada sasaran tahunan kami. Kami telah bersedia untuk mencapai sasaran tahunan.
"Pencapaian ini hampir mencerminkan purata 10 tahun kami iaitu RM222.6 bilion, menunjukkan usaha konsisten kami dalam menarik pelaburan berkualiti dan memacu pertumbuhan ekonomi," kata menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk enam bulan pertama tahun ini, Malaysia telah menarik sejumlah RM132.6 bilion (AS$28.4 bilion) pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama yang melibatkan 2,651 projek dari Januari hingga Jun 2023 dan dijangka mewujudkan 51,853 peluang pekerjaan di negara ini.
Menurutnya, pelaburan itu adalah tanda keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan apa yang ditawarkan kepada pelabur, termasuk kerajaan yang menyokong dan membangunkan dasar properniagaan, dan terus meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia.
Selain itu, Malaysia juga merupakan hab yang dipercayai untuk ekosistem, rantaian bekalan, modal dan bakat, aliran barangan dan data serta keupayaan inovasi yang semakin meningkat.
Tengku Zafrul turut menambah walaupun permintaan global perlahan dan persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi dalam pasaran utama, Malaysia berjaya menarik jumlah pelaburan yang diluluskan kira-kira hampir sama pada separuh pertama 2023 tahun ke tahun, mencerminkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara.
"Terutamanya, pelaburan domestik langsung yang meningkat 58 peratus, dan mewakili lebih 52 peratus daripada pelaburan yang diluluskan yang bagi kami, merupakan undi keyakinan yang jelas terhadap dasar Ekonomi MADANI. Jumlah pelaburan yang diluluskan juga bakal mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
"Memandangkan pelbagai rantaian bekalan global beralih ke Asia, matlamat utama kami ialah meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi kedua-dua syarikat antarabangsa dan usahawan yang ingin mengembangkan jejak mereka di Asia.
"Justeru, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP2023) yang diumumkan baru-baru ini mewakili langkah penting dalam perjalanan Malaysia ke arah transformasi industri yang mampan dan meningkatkan daya saing global," katanya.
Pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 52.2 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, atau RM69.3 bilion (AS$14.8 bilion), dipacu oleh pelaburan dalam sektor perkhidmatan, khususnya hartanah dan sektor utama.
Komitmen kerajaan untuk memastikan perumahan berkualiti untuk rakyat turut menjadi faktor utama pertumbuhan ini, menurut menteri itu.
Beliau berkata MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kekal teguh dalam komitmen mereka untuk mencapai gabungan seimbang pelaburan langsung asing (FDI) dan DDI.
Keseimbangan ini jelas ditunjukkan dalam jumlah FDI, yang menyumbang 47.8 peratus, atau RM63.3 bilion (AS$13.6 bilion) kepada pelaburan yang diluluskan.
Sumber FDI negara datang dari Singapura dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM13.7 bilion (AS$2.9 bilion), diikuti Jepun (RM9.1 bilion), Belanda (RM9.0 bilion), China (RM8.4 bilion) dan British Virgin Islands (RM7.1 bilion).
Lima negeri telah merekodkan pelaburan diluluskan yang ketara iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM31.7 bilion), Selangor (RM29.7 bilion), Kedah (RM14.6 bilion), Johor (RM14.2 bilion) dan Sabah (RM9.0 bilion ).
Apabila digabungkan, kelima-lima negeri itu menyumbang 74.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata asas ekonomi dan reputasi Malaysia yang kukuh dan stabil, boleh dipercayai dan neutral membolehkannya memperoleh pelaburan berkualiti daripada pelbagai sumber.
"Prospek dan tinjauan jangka panjang untuk industri digital kekal menjanjikan. Syarikat merentasi pelbagai industri terus membina keupayaan dalam data, pendigitalan dan automasi.
"Terdapat juga peluang daripada pertumbuhan ekonomi digital di Asia Tenggara, termasuk dalam teknologi kewangan, awan dan keselamatan siber. Kami menjangkakan permintaan berterusan untuk kemahiran berkaitan teknologi merentas semua sektor di Malaysia.
"Namun begitu, perjalanan kami ke arah masa depan juga bergantung secara signifikan pada keupayaan untuk menyelaraskan dengan trend mega global, khususnya dalam konteks amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan model perniagaan berasaskan ESG, terutamanya oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, berpotensi untuk bukan sahaja meningkatkan daya saing tetapi juga untuk memperkukuh kehadiran Malaysia dalam rantaian nilai global, memacu negara ke arah masa depan yang bercirikan pertumbuhan yang mampan dan bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Menurut Tengku Zafrul pelaburan itu adalah tanda keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan apa yang ditawarkan kepada pelabur. - Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Perkhidmatan, pembuatan sumbang sebahagian besar pelaburan RM160 bilion pada separuh pertama 2024
Tengku Zafrul berkata lonjakan pelaburan itu disokong oleh 2,948 projek pelaburan yang dijangka mencipta kira-kira 79,187 peluang pelaburan baharu.

Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.

Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM
Prestasi cemerlang ini didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42.8 peratus.

Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 - Sanusi
Kerajaan negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.

Malaysia rekod RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, sektor perkhidmatan mendominasi jumlah pelaburan diluluskan tahun lepas dengan mencatatkan 3,581 projek bernilai RM154 bilion atau 58 peratus dari jumlah keseluruhan.

Pelaburan diluluskan Malaysia melonjak 51.5 peratus kepada RM177.8 bln dalam tempoh Jan-Sept 2021
Pelaburan itu terdiri daripada sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, dijangka menghasilkan 79,899 pekerjaan di negara ini.