BERLIN: Sejumlah RM.4.5 bilion pelaburan dari syarikat-syarikat Jerman telah diluluskan dan akan mula dilaksanakan tahun ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelaburan ini melibatkan syarikat X-Fab, Melexis dan Schott yang turut serta dalam mesyuarat meja bulat bersama Perdana Menteri dan kapten industri pada Selasa.
“X-Fab dan Melexis telah maklumkan kepada kita mengenai projek yang sekarang ini dalam pembangunan di Sarawak, Kedah dan Penang. Mereka menjangkakan operasi akan bermula pada tahun ini.
“Pelaburan-pelaburan ini berjumlah RM4.5 bilion yang akan dilaksanakan tahun ini. Penekanan kita adalah kepada aspek pelaksanaan, bermaksud apa yang diumumkan perlu direalisasikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pertemuan secara bersemuka antara delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan syarikat Melexis yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marc Biron; bersama syarikat pembuatan X-Fab, diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rudi De Winter.
Ia diikuti oleh syarikat Infineon Technologies AG diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Dr. Rutger Wijburg, bersama Naib Presiden Dasar Awam, Michael Boll.
Kemudian, delegasi Malaysia turut bertemu Ahli Lembaga Pengarah Schott AG, Dr. Andrea Frenzel; dan Naib Presiden yang juga Ketua Perniagaan Bidang Realiti Terimbuh Optik Termaju, Dr. Rüdiger Sprengard.
Seterusnya, Airbus diwakili Presiden Airbus Asia Pacific, Anand Stanley; dan Ketua Wakil Airbus Malaysia, Burhan Noordin-Ali.
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.
“Ada juga pelaburan baharu yang telah dipersetujui melalui mesyuarat meja bulat dan pertemuan bersemuka hari ini dengan nilai potensi pelaburan RM45.4 bilion.
“Ini merangkumi tambahan kepada pelaburan sedia ada dan pelaburan baharu. Ia melibatkan pelaburan dalam sektor semikonduktor, aeroangkasa, peralatan perubatan dan perkhidmatan,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus membantu memudahcara urusan perdagangan dan pelaburan syarikat-syarikat Jeman dan Kesatuan Eropah (EU).
Irfan Faruqi
Tue Mar 12 2024

Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi. - Astro AWANI

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Perkhidmatan, pembuatan sumbang sebahagian besar pelaburan RM160 bilion pada separuh pertama 2024
Tengku Zafrul berkata lonjakan pelaburan itu disokong oleh 2,948 projek pelaburan yang dijangka mencipta kira-kira 79,187 peluang pelaburan baharu.

Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.

Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM
Prestasi cemerlang ini didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42.8 peratus.

Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 - Sanusi
Kerajaan negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.

Malaysia rekod RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, sektor perkhidmatan mendominasi jumlah pelaburan diluluskan tahun lepas dengan mencatatkan 3,581 projek bernilai RM154 bilion atau 58 peratus dari jumlah keseluruhan.

Pelaburan diluluskan Malaysia melonjak 51.5 peratus kepada RM177.8 bln dalam tempoh Jan-Sept 2021
Pelaburan itu terdiri daripada sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, dijangka menghasilkan 79,899 pekerjaan di negara ini.