KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan negara dijangka meningkat secara sementara melepasi paras 5.0 peratus pada suku kedua tahun ini disebabkan kesan asas yang rendah berikutan penyusutan harga bahan bakar pada suku yang sama tahun 2020.
Bagaimanapun, ia kemudian akan menyederhana secara purata antara 2.5 peratus dan 4.0 peratus bagi tahun 2021.
Inflasi keseluruhan yang mengukur jumlah inflasi ekonomi, termasuk komoditi seperti harga makanan dan tenaga ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara ini diletakkan di dalam sekatan pergerakan sepenuhnya bagi mengekang penularan virus COVID-19 .
"Dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka meningkat secara sementara melepasi 5.0 peratus pada suku kedua 2021 disebabkan kesan asas yang rendah daripada harga bahan bakar runcit domestik yang rendah pada suku yang sama tahun 2020 sebelum menyederhana selepas itu,” kata Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus hari ini.
Tahun lepas, harga minyak di pam di Malaysia ialah sekitar RM1.37 berbanding RM1.95 tahun ini.
Justeru, gabenor menegaskan bahawa peningkatan itu bersifat sementara.
Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi petrol RON95 pada RM2.05 dan RM 2.15 satu liter untuk diesel.
Inflasi teras bagaimanapun, dijangka antara 0.5 -1.5 peratus tahun ini, kata beliau.
Inflasi teras mengukur perubahan harga pengguna secara purata, tidak meliputi harga barangan dan perkhidmatan yang dipengaruhi turun naik harga seperti harga bahan bakar.
Bagaimanapun, tinjauannya tertakluk kepada perkembangan harga minyak dan komoditi dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Gabenor menegaskan bahawa peningkatan inflasi itu bersifat sementara. - Gambar fail
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan
Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan ekonomi membantu ringgit mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, kata seorang penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.74 mata atau 0.29 peratus kepada 1,623.12 daripada paras penutup 1,618.38 pada Rabu.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
BNM keluarkan dua syiling khas sempena ulang tahun JPN ke-75
Duit syiling peringatan berkenaan akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan perak sterling berwarna (pruf) dan emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU).